Pages

nuff

Showing posts with label agama islam. Show all posts
Showing posts with label agama islam. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Skill Basuh Kemaluan Selepas Kencing Yang Betul


Kencing! sesuatu perbuatan dimana seseorang perlu melepaskan air daripada kemalauannya (saje nak bagi definasi sket) tetapi paernahkah anda membasuh 'kepala paip' atau dot* dot* anda dengan sempurna???

Oleh itu, saya disini tanpa rasa segan silu untuk menaip kenyataan ini sebagai seorang islam kita telah diajar untuk membasuh alat pancutan* dengan sempurna agar diri anda suci dan bersih bersesuaian dengan agama yang anda ikuti Islam Itu Suci...

Walaupun anda dalam keadaan tergopoh gapah sebagaimana pun anda perlu membasuhnya sepertimana ada :

Seorang lelaki :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar (time kencing je berdehem jangan time berak pulak.. nanti terpotong-potong  dia keluar..).
Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran (urut secara lemah lembut).
Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya (guna air mutlak, jangan suna air sirap bandung).

Seorang Wanita :
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
* yang ni x pandai nak ulasan kerana ia bukan skill aku,

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
*Alah, budak darjah 2 pon dah pandai basuh kencing... ni sibuk2 nak ajar orang tua pulak....!
Jika Itu Kenyataan Anda.... Anda Silapppppp... silappp.. silapppp.(echo)

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Wednesday, July 20, 2011

Sebab2 Jin Mudah Berdamping Dengan Manusia


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.


"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Monday, July 11, 2011

Rupa Mayat Selepas Dikebumikan

Telah pun dinyatakan dalam Al-Quran yang mengatakan bahawa beberapa petanda atau petunjuk sebagai balasan akan tingkah laku seseorang insan diatas muka dunia ini. Walaupun bagaimanapun, petanda ini tidak hanya berakhir didunia sahaja tidak kisahlah berbentuk baik atau mengaibkan kerana ia adalah sebagai peringatan kepada mereka yang masih hidup..

Antara kenyataan yang telah dihuraikan dalam Al-Quran adalah :

Tujuh jenis wajah mayat di dalam kubur :


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk khinzir . Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.
 
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
 
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.


Sebagai hiasan
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Sunday, May 29, 2011

Keroncong Untuk Allah S.W.T

Terbaik daripada saudara Bob Lokman..


Tiada...Tuhan selainNya..
Yang layak disembah...
Melainkan Allah...
Tiada..Daya dan upaya..
Melainkan dengan..kehendakNya jua..
DariNya...datangnya kita..kepadaNya Dia..Kembali semua...
Allah....! Allah....! Ya Allah.......

Tiada..Daya dan upaya..
Melainkan dengan..kehendakNya jua...
DariNya..datangnya kita...kepadanNya Dia..Kembali semua...
Allah....! Allah....! Ya Allah.......

Saturday, May 14, 2011

Mempersenda Agama Pada Masa Kini

 JAZAKALLUHU KHAIRAN
MEMPERSENDA agama bukan perkara baru, ia sudah tercatat dalam sejarah sejak kewujudan Nabi Adam a.s. lagi, iaitu pertembungan antaranya dengan iblis yang pernah mengetuai barisan para malaikat di dalam syurga. Tetapi kerana iri hati, marah, cemburu dan dendam terhadap Adam yang muncul kemudian daripada itu iblis menjadi takbur kerana tiba-tiba Allah SWT memerintahkannya dan malaikat untuk sujud kepada Adam. 

Atas dasar marah, dendam, cemburu dan iri hati, maka iblis mengambil langkah untuk tidak sujud kepada Adam kerana baginda dicipta daripada tanah sedangkan dia dicipta daripada api, sedangkan api adalah lebih hebat daripada tanah. Maka berlakulah siri penentangan iblis terhadap perintah Allah serta mempersenda arahan-Nya dengan pelbagai helah dan tipu daya.
Sesungguhnya peranan iblis dan syaitan tidak berakhir dengan ketiadaan Nabi Adam a.s. Tetapi diteruskan oleh anak pinaknya bernama syaitan dan manusia-manusia yang bertopengkan syaitan setiap kali muncul dan lahir para anbiya seperti Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w. Penentangan mereka hingga ke peringkat mempersendakan agama yang dibawa oleh para anbiya. 

Walau bagaimanapun tindakan mempersenda agama yang dilakukan oleh masyarakat silam di kalangan umat para anbiya adalah terdiri daripada mereka yang tidak menganut Islam atau tidak berkesempatan langsung untuk duduk dalam majlis-majlis ilmu kerana ia masih belum diperkenalkan ketika itu.
Namun apa yang berlaku pada hari ini amat berbeza sekali dengan apa yang berlaku pada zaman silam. Ini kerana orang hari ini mempunyai peluang yang banyak untuk memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, sekali menjauhkan diri mereka daripada bertindak menghina atau mempersenda agama.
Mereka boleh faham Islam melalui pengajian yang diadakan di masjid-masjid atau surau-surau dan mungkin juga di kelas-kelas yang berbayar dan mungkin melalui laman-laman sesawang yang membicarakan persoalan agama, jadi tidak ada sebab orang hari ini tidak faham dengan baik. 

Thursday, May 12, 2011

Kisah Bermulanya Kejadian Nabi Adam A.S

JAZAKALLAHU KHAIRAN
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali menghadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.




Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail... Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing- masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:-

Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
Tanah Bukit Tursina
Tanah Iraq
Tanah Aden
Tanah Al-Kautsar
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
Tanah Paris
Tanah Khurasan
Tanah(Babylon)
Tanah India
Tanah syurga
Tanah Tha'if

Wednesday, April 27, 2011

Bekas tapak rumah Rasullulah



Subhanallah, allhamdullilah aku bersyukur kerana diberi peluang oleh yang maha Esa untuk melihat peninggalan struktur rumah Rasullulah,

Nabi Muhammad penghulu kepada seluruh umat akhir zaman ini telah pun menunjukkan kebenaran yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk disebarkan kepada seluruh kaum, Kebenaran ini juga dapat ditonjolkan dalam video ini dimana struktur rumah Rasullulah sememangnya sistematik dimana ia telah digunapakaikan pada masa kini, dimana kita dapat lihat ruang-ruang yang dibina bertujuan untuk keselesaan Baginda sekeluarga sendiri dan para tetamu dan tempat2 kemudahan untuk beribadat juga dibina dengan ringkas dan sempurna.

Oleh itu, kita sebagai umat yang digelarkan islam janganlah terlalu obses dengan struktur2 yang direka cipta oleh golongan kafir, kerana mereka berusaha menyesatkan minda2 sekalian kaum dengan seni2 yang direka oleh mereka menyebabkan kita lebih mementingkan keduniaan dan memperlekehkan akhirat.

Thursday, April 21, 2011

Doa Shaikh Muhammad Al-Mohaisany... Amin-kannya jika anda beragama islam.



Segungguhnya.. doa2 para ulamak adalah antara doa yang diterima oleh ALLAH S.W.T....
perkongsian kepada mana2 blogger nak buat entry amatlah dialu-alukan..
.

Perbarisan Di Padang Masyar...

Didalam kehidupan didunia kita sering melihat perbarisan2 yang dilakukan oleh golongan tentera atau penguat kuasa. Tetepi tahukah anda sebagai seorang yang beragama islam bahawa perbarisan masih berlangsung di dunia selepas kehidupan iaitu di padang Masyar dunia penghisab amalan seluruh umat.

Pendedahan ini telah dilaksanakan oleh penghulu umat diakhir zaman iaitu Rasullulah s.a.w disuatu peristiwa ketika berbicara bersama sahabat Muaz bin Jabal r.a....

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s.a.w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
(Surah an-Naba':18)


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu :-

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur berbentuk **** hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


Wednesday, April 6, 2011

Doa Dalam bacaan duduk antara dua sujud..


Setiap solat yang kita kerjakan hendaklah disertakan dengan duduk antara dua sujud setiap rakaat yang dilakukan...
Dalam bacaan duduk antara dua sujud adalah :-


Dalam terkumat-kamit mulut kita membaca doa ini.. tahukah kita akan maksudnya?

Oleh itu, ini adalah maksudnya :-
"Tuhanku ampunkanlah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

Jadi, untuk melengkapkan doa yang dibaca diatas.. 
Hendaklah kita membacanya dengan sebutan yang betul, 
Jangan tergopo-gapah dalam melaksanakannya..
Setiap sebutan memberi makna yang tertentu..

Friday, April 1, 2011

Hanya tinggal Al-quran..

Sebuah van yang hangus terbakar telah diperiksa didalamnya dan didapati kesemua bahagian didalamnya hagus hancor dimakan dek api Allah.. Tetapi Allah maha berkuasa.. kitab kalam-Nya tidak sedikit pon disentuh oleh api-Nya...

Gambar di bawah ini merupakan bukti kekuasaan Maha Besar...

Tuesday, March 22, 2011

Beristeri dengan orang Kafir...



Ustaz Azhar memang febret aku dalam kebanyakkan penceramahan agama islam...
Di pantai timur ustaz ni memang fames kerana ilmu-nya yang amat luas dengan hujah2 dan pentafsiran kitab2 yang amat mudah untuk difahami...


Ini adalah salah satu bahagian dalam penceramahan beliau yang di beri tajuk Salam Tisu.. tetapi permulaan part ni menjawab persoalan tentang beristeri kafir... Buleh..!
Ini menunjukkan islam bukan agama yang susah.. yang menyusahkan adalah diri sendiri yang tak mahu belajar.. kerana manusia sukar menerima hakikat yang benar...

Monday, March 21, 2011

Nikah Dalam Rumah Ibadat amalan Kristian...

Hah..? huh..? Eahhh..?

Klo nak tahu baca!

Rumah ibadat?.. bagi orang islam.. masjid merupakan tempat para muslimin berkumpul untuk mengerjakan ibadat solat, ibadat menuntut ilmu, dan beribadat samada ber-i'tikaf didalam masjid dan lain2...
Tetapi.. klo berkhawin?

KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.




gambar penghiasan...


Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini. 


Ini adalah petikan dari kosmo online...
Hek eleh... dalam srat kabo pom boleh baca benda ni... jd yang x baca lagi tu bacalah disini..
ana hanya tulun kongsi2...

Saturday, March 19, 2011

JIKA ISTERI MENANGIS DHADAPAMU,HARGAILAH IA "SEBELUM TERLEWAT"


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?



Walaupun seteruk zombi isteri kita menangis janganlah kita tambah kesakitan mereka dgn kasi tendangan juring plak!




Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...





Klo macam ni la bini aku... mau aku pujuk dia sampai ke bilik nih...! hehehehe.


Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Friday, March 18, 2011

Petua Imam Syafie untuk pemuda masa kini.....

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.

TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.

TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Saturday, March 12, 2011

Tanzil - Quran Navigator



"Anda rasa sukar untuk merujuk makna serta bacaan Al-Quran apabila terpaksa memegang sebuah kitab cetakan yang tebal? Anda kesuntukan masa untuk mentelaah makna ayat-ayat suci Al-Quran ? Anda tak ada masa kerana sentiasa buat kerja di pejabat dan berada di depan komputer ? 

Anda sentiasa rasa bersalah kerana nama sahaja orang Islam tetapi tak sanggup beli kitab tafsir terjemahan Al-Quran lalu tak pernah cuba mengetahui apa yang diperkatakan dalam Al-Quran walaupun umur dan meningkat senja?

Anda rasa bersalah kerana teringin nak habiskan menelaah maksud Al-Quran tetapi sampai sekarang tak buat-buat?

Anda impikan sesuatu yang mudah dengan hanya tunjuk pada ayat maka akan muncul maknanya dalam berbagai bahasa yang dipilih?
Anda mahu mendengar keadah bacaan alQuraan dari Qari-qari tersohor didunia?  

Kini semuanya akan selesai jika anda masuk ke laman ini dan bookmarks sebagai salah satu pusat pelayaran internet anda yang rutin. Satu hari 10 ayat ditunjukkan anda akan menghabiskan mengetahui makna Al-Quran dalam masa 21 bulan. Cepat sebarkan dan amalkan.....(nota: jika ada sesiapa yang dapat membuktikan bahawa laman ini memaparkan ayat-ayat yang salah dari segi bacaan dan juga terjemahannya sila laporkan dengan segera !)

Tuesday, March 8, 2011

Sejarah Disebalik April BODOH atau dlm inggerisnya April FOOL...(umat islam dinasihatkan baca)

Walaupun sekarang bukan bulan April tetapi aku tetap mengepost-kan artikel ni supaya kita berjaga2 agar tidak terjebak dalam tipu daya mereka. Bagi mereka yang telah ketahui.. sebarkan lah pengetahuan anda itu..

Untuk mengelakkan perkataan 'bodoh' diulang berkali-kali telah ditukarkan kpd '****' agar mulut kita dapat dielakkan daripada menyebut perkataan yang dicela.

Salam Semua.

Ikutilah cerita sedih di sebalik April ****’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.

Berbalik kepada perayaan April ****’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.



Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.





Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April ****’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Saturday, March 5, 2011

Cipaan Allah yang teragung...Otak manusia..



Kun Fayakun.... jadilah manusia yang telah diberikan akal fikiran yang dapat memproses segala maklumat, perasaan, ilmu dan membuat perbezaan yang ada disekeliling kita dan diseluruh atas muka bumi ini...(kerana manusia belum sampai atau tidak akan ke dasar bumi).


Fikirlah wahai manusia kerana segenius2 manusia hanya menggunakan 10% sahaja akalnya...

Thursday, March 3, 2011

Rasulullah SAW Insan paling sempurna


Nabi Muhammad s.a.w. meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi’in.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda s.a.w. :
 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya. 
Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah s.a.w. jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

Rasulullah s.a.w. seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah s.a.w.

Apabila Rasulullah s.a.w. berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga