Pages

nuff

Sunday, July 31, 2011

Hidangan Sotong Menari Pencetus Kemarahan


TOKYO - Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan bukannya menggabarkan rancangan realiti astro iaitu mari menari, sebaliknya semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun ia telah mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.

Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan "menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati".
Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari. ( Sempat lagi diaorang buat kajian pasal benda-benda macam ni.. hebat )
Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali. - Agensi


Saturday, July 30, 2011

Wajah-Wajah Mangsa Perosak Masa Depan



Wajah merupakan anugerah yang paling teragung yang dikurniakan kepada manusia walaupun mempunyai oragan dan ronga-ronga yang sama tetapi ia berbeza berdasarkan struktur wajah seseorang. Tapi segala-galanya musnah apabila kurnaan ini dimusnahkan oleh empunya wajah itu sendiri. Bila otak dah semakin menyempit maka diwajahnya pula diluahkan segala permasaalahan.. Siapa lagi punca permasalahan ini berlaku kalau bukan dadah... 

              =




































Sunday, July 24, 2011

Joki Racing RC Helikopter

Tak pandai mainke terlampau pandai main nih?

Makanan Yang Tidak Sepatutnya Dimakan

Hayat manusia tidak mungkin berkekalan jika tidak menjamah dan di masukkan kedalam mulut sebarang makanan. Kerana manusia merupakan makhluk berakal yang lemah diciptakan Yang Maha Esa. Untuk meneruskan kehidupan manusia disarankan untuk menelan sebarang makanan yang berpandukan suruhan-Nya supaya tubuh manusia mendapat zat-zat yang berkekalan didalam tubuh.

Jika manusia mula merasakan bahawa semua hamjadah diatas muka bumi ini boleh ditelan dan boleh memberikan zat tambahan yang luar biasa sedangkan rupe makanan itu pon dah macam hamjadah. Oleh itu, ia menandakan kebengapan manusia tanpa panduan hidup sebenar.


 Arak Anak Tikus

Sup Darah Khinzzzzz

Riak Wajah Dan Lagu Disatukan

Wawawawawawawa....

Wednesday, July 20, 2011

Gambaran Penyebab Trypophobia

Trypophobia adalah suatu perasaan takut kepada rupa bentuk permukaan yang belubang-lubang, menggerigis, atau bintik-bintik yang menyebabkan timbulnya perasaan gatal2, menggeli-geli dan rasa tidak selesa.

Beberapa rupa bentuk samada terhasil daripada alam semula jadi atau buatan manusia yang telah dikenal pasti sering menjadi igauan ngeri kepada mangsa fobia ini, Jika anda juga menggeli dengan gambar2 ini ada juga salah seorang mangsa fobia Trypophobia.


Lotus Seed Pod


lelubang pada permukaan kayu




















































Kulit cengkerang

Sebab2 Jin Mudah Berdamping Dengan Manusia


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.


"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Befikir Sejenak Bersama Taik

Revolusi taik pada fikiran para modenisasi...

Sunday, July 17, 2011

Menggila Bersama Rainbow Sponge

 

Tiada apa yang dapat di perkatakan melainkan bhahahahaha...

Padah Taksub Internet


LONDON: Penggunaan Internet secara melampau boleh merosakkan otak remaja.
Kajian yang dilakukan saintis menunjukkan tanda-tanda berlakunya kelemahan pada otak di kalangan remaja yang banyak menghabiskan masa melayari Internet.

Ia boleh menjejaskan tumpuan dan ingatan di samping keupayaan untuk membuat keputusan dan merancang.
Ia juga boleh mendorong kepada tingkah laku tidak sesuai.

Penyelidik mengimbas otak 18 pelajar universiti berusia 19 tahun yang menghabiskan masa antara lapan hingga 13 jam sehari di depan Internet selama enam hari seminggu.

Pelajar berkenaan dikategorikan sebagai penagih Internet dan diperlukan menjawab lapan soalan, termasuk sama ada mereka sudah mencuba untuk berhenti menggunakan komputer dan sama ada mereka berbohong kepada anggota keluarga mengenai jumlah masa yang dihabiskan pada Internet.



Keputusan itu kemudian dibandingkan dengan sekumpulan pelajar kedua terdiri daripada 18 orang yang hanya menghabiskan masa dua jam sehari di depan Internet.

Hasilnya menunjukkan ada berlaku kedutan pada permukaan otak, tempat memproses memori, emosi, pengucapan, penglihatan, pendengaran dan kawalan motor berlaku pada kumpulan pertama.
Hasil imbasan otak pelajar itu menunjukkan semakin lama ketagihan Internet mereka berlaku, semakin serius kerosakan itu.

“Keputusan kami menunjukkan ketagihan jangka panjang terhadap Internet akan menyebabkan perubahan pada struktur otak,” kata penyeluidik.

Kajian itu dilakukan oleh pakar neurosains dan radiologi di universiti dan hospital di China.

Kira-kira 24 juta remaja negara itu dipercayai ketagih Internet. - Agensi

Sumber : Metro

Saturday, July 16, 2011

2D Photography Rube Goldberg Yang Menakjubkan

Penyediaan yang memakan masa berminggu-minggu habis dalam masa 4 minit sahaja.. Ttp ia sungguh aweSome..

Nyanyian Mulut Robot

Mouthbot
Bersedialah telinga anda dengan headphone atau laraskan sound speaker anda kuat2 kerana ini bakal tergamankan minda anda sekalian dengan bunyi-bunyian suara yang aneh telah dihasilkan sekerap getah dan beberapa pergerakkan mekanikal.

Universiti Kagawa, Jepun telah menghasilkan ciptaan ini oleh Prof. Hideyuki Sawada dimana beliau telah mendemonstrasikan ciptaannya (mouthbot) di Robotech 2011.

Berasaskan tiub getah yang telah dihasilkan mengikut anak tekak manusia dan udara dihembuskan untuk menghasilkan getaran suara sepertimana yang dilakukan oleh paru-paru manusia menggunakan sistem pneumatik bernadakan dengan pergerakkan mekanikal robotik untuk menghasilkan nahu yang berbeza.

Ciptaan ini telah melonjakkan lagi revolusi penciptaan robot oleh si ginius2 Jepun untuk merealisasikan impian mereka untuk menghasilkan sebuah robot yang menyerupai manusia macam anime2 mereka selalu tunjuk.

Berdasarkan video di bawah ni, mouthbot ni dapat menghasilkan nada2 yang mirip nyanyian lagu 'Kagome Kagome' iaitu lagu budak tadika Jepun.


Sumber : popsci.com

Friday, July 15, 2011

Misteri Wanita Berselendang Hitam


KULIM - Beberapa hari lalu penduduk di Taman Sri Kulim dikejutkan dengan berita jelmaan wanita berselendang hitam yang berjalan sambil mendukung batu nisan.

Selain itu, beberapa kejadian aneh turut dilaporkan berlaku di sekitar kawasan berkenaan. Walaupun ia tidak dihebahkan tetapi ia diakui oleh penduduk.

Bekas Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman itu, Ahmad Jusoh berkata, sebelum ini beberapa penduduk pernah terserempak dengan jelmaan itu tetapi ia tidak diendahkan.

Walaupun ia mengerikan tetapi mereka yang mengalaminya tidak menceritakan kepada penduduk lain sehinggalah Sinar Harian mengupas kisah misteri itu.



“Kejadian pernah berlaku pada seorang penduduk di taman ini. Kira-kira jam 12.30 pagi, dia terdengar suara wanita memberi salam di luar rumahnya.

“Dia didatangi seorang wanita yang sangat cantik. Wanita itu memaklumkan bahawa dia datang dari Pahang dan ingin ke rumah saudaranya di taman itu.

“Penduduk berkenaan kemudiannya menunjukkan arah tetapi wanita itu meminta supaya menghantarnya,” katanya.

Menurutnya, atas dasar simpati, penduduk itu kemudiannya akur kehendak wanita terbabit.

“Ketika berjalan, wanita itu memaklumkan bahawa tapak asrama berdekatan taman itu dulunya merupakan kawasan hutan. Bertambah pelik lagi, dia tiba-tiba sahaja bercerita mengenai kewujudan syaitan, jin dan iblis.

Dave Grohl Berang Peminat Bergaduh

Walaupon konsert live ni boleh dikatakan majlis menggila kepada para peminat sesuatu band. Tetapi bagi Dave Grohl daripada Foo Fighters band, didalam konsertnya haruslah mempunyai etika tatatertib agar perjalanan konsert dan kedudukan peminat dalam keadaan selesa dan berjalan dengan lancar.

5 for you Dave Grohl........

Bila iPhone 4 Di Dalam Sebuah Gitar

Mungkin ada aplikasi iPhone 4 yang menghasilkan oscillations yang menarik....

Thursday, July 14, 2011

Laguan Pada Minggu Ini

Ia mungkin bakal membuatkan otak anda berbelit - belit... tp


Please, jangan hina diaorang......

Wanna Play Game?

Tiada permainan sebaik permanan yang ada oang yang nak join main....

Pemburu Bengap + Rusa Bengap

Bila tangan seseorang yang selalu pegang senduk mana mungkin boleh menembak..(bukan nak hina chef ni tp nk membuat perumpamaan sahaja)

Wednesday, July 13, 2011

Pelawaan Seorang Askar Menjadi Nyata

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang anggota marin AS di Afghanistan menggunakan laman YouTube di Internet untuk mengundang aktres Mila Kunis keluar temu janji dengannya.
Pelawaan askar marin itu diterima aktres berkenaan.

Dalam satu wawancara bersama saluran berita Fox News baru-baru ini, bintang Hollywood itu ditanya sama ada dia mengetahui tentang klip video Sarjan Scott Moore di YouTube yang mahu mengundangnya menghadiri majlis tari menari Kor Marin di Greenville, negeri Carolina Utara pada November depan.
Kunis memberi reaksi terkejut dan meminta penjelasan lanjut mengenai majlis tersebut.

Selepas dipujuk oleh rakannya yang turut membintangi filem komedi Friends With Benefits, Justin Timberlake, Kunis kemudian menerima pelawaan itu.

Pelakon wanita itu seterusnya memandang ke arah kamera dan memberitahu Moore bahawa dia akan memastikan agar hasrat lelaki itu tercapai.

Maklumat lanjut sama ada Kunis pasti akan menghadiri acara itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan selepas pegawai perhubungan awamnya enggan memberikan komen mengenai perkara tersebut. - Agensi

Here the video :

 

Agak2 lakalo aku try buat camni ajak Lisa Surihani menjadik tak? tp aku x pakai seragam army sambil bawak army stuff la aku pakai seragam pomen sambil pegang spanar pon ok jugak.

Monday, July 11, 2011

BERSIH Bersama Stephan Chow

Lagi kisah mengenai hasil karya BERSIH.... cool

Lamborghini Vs Tupai

Kelajuan memang membaru kepuasan, tetapi kelajuan yang mengikut keadaan juga dapat menyelamatkan nyawa...... Kan.

Rupa Mayat Selepas Dikebumikan

Telah pun dinyatakan dalam Al-Quran yang mengatakan bahawa beberapa petanda atau petunjuk sebagai balasan akan tingkah laku seseorang insan diatas muka dunia ini. Walaupun bagaimanapun, petanda ini tidak hanya berakhir didunia sahaja tidak kisahlah berbentuk baik atau mengaibkan kerana ia adalah sebagai peringatan kepada mereka yang masih hidup..

Antara kenyataan yang telah dihuraikan dalam Al-Quran adalah :

Tujuh jenis wajah mayat di dalam kubur :


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk khinzir . Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.
 
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
 
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.


Sebagai hiasan
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Friday, July 8, 2011

Zivilia Band - Aishiteru

Lagu best yang merapatkan jurang nusantara dengan negara terbit matahari..

 

Dan versi Jepon-nya pulak..

Thursday, July 7, 2011

Peludah Warna


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Karya : A. Samad said

Itu lah luahan daripada sasterawan negara yang berjuang demi kebenaran yang sering diselindungkan dengan warna biru putih dan merah putih yang telah menjadi dalang memutar belitkan keadaan. Dengan warna KUNING, beliau dan mereka2 ingin membuatkan mata rakyat bertumpu kearahnya kerana ia lebih menyilau daripada biru dan merah.

Tuesday, July 5, 2011

Jambatan Qingdao Haiwan Terpanjang Di Dunia

Made In China,.. biasanya sering di simbolkan sebangai suatu hasil produk cap ayam atau tiruan. Memang benarlah di negara mereka merupakan pengeluar produk tiruan yang terbesar di dunia. Tetapi kali ni bukan nak merepek-repak pasal produk tiruan dia kerana di China telah pun baru sahaja memecahkan rekod kejuruteraan marin dunia dengan terhasilnya sebuah jambatan yang telah dengan jayanya di bangunkan di Jiaozhou Bay.

Jambatan ini dengan rasminya berukuran  panjannya 26.4 batu (42.6 km) yang telah memakan masa selama 4 tahun dan menelan kos sebanyak US$ 8.6 billion untuk dibelanjakan kepada 450,000 tan besi bagi dan 5,200 tiang telah didirikan.



Justin Bieber-Baby(Metal Version)

Dulu aku memang meluat lentik ngan lagu mamat ni..

Tapi versi kali ni aku suka pulak.. hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga