Pages

nuff

Sunday, July 31, 2011

Hidangan Sotong Menari Pencetus Kemarahan


TOKYO - Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan bukannya menggabarkan rancangan realiti astro iaitu mari menari, sebaliknya semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun ia telah mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.

Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan "menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati".
Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari. ( Sempat lagi diaorang buat kajian pasal benda-benda macam ni.. hebat )
Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali. - Agensi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga