Pages

nuff

Wednesday, July 13, 2011

Pelawaan Seorang Askar Menjadi Nyata

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang anggota marin AS di Afghanistan menggunakan laman YouTube di Internet untuk mengundang aktres Mila Kunis keluar temu janji dengannya.
Pelawaan askar marin itu diterima aktres berkenaan.

Dalam satu wawancara bersama saluran berita Fox News baru-baru ini, bintang Hollywood itu ditanya sama ada dia mengetahui tentang klip video Sarjan Scott Moore di YouTube yang mahu mengundangnya menghadiri majlis tari menari Kor Marin di Greenville, negeri Carolina Utara pada November depan.
Kunis memberi reaksi terkejut dan meminta penjelasan lanjut mengenai majlis tersebut.

Selepas dipujuk oleh rakannya yang turut membintangi filem komedi Friends With Benefits, Justin Timberlake, Kunis kemudian menerima pelawaan itu.

Pelakon wanita itu seterusnya memandang ke arah kamera dan memberitahu Moore bahawa dia akan memastikan agar hasrat lelaki itu tercapai.

Maklumat lanjut sama ada Kunis pasti akan menghadiri acara itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan selepas pegawai perhubungan awamnya enggan memberikan komen mengenai perkara tersebut. - Agensi

Here the video :

 

Agak2 lakalo aku try buat camni ajak Lisa Surihani menjadik tak? tp aku x pakai seragam army sambil bawak army stuff la aku pakai seragam pomen sambil pegang spanar pon ok jugak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga