Pages

nuff

Sunday, January 30, 2011

Penduduk Islam di Britain meningkat 5.5 juta pada 2030...(Allahuakhbar..)


LONDON: Populasi umat Islam di United Kingdom akan meningkat dua kali ganda menjadi 5.5 juta dalam tempoh 20 tahun.
Migrasi dan kadar kelahiran tinggi bermakna seorang daripada 10 warga British adalah penganut Islam menjelang 2030, menurut kajian sedunia mengenai penyebaran Islam. Jangkaan itu bermakna Britain akan mempunyai lebih ramai umat Islam berbanding Kuwait.

Dari 1990 hingga 2010 bilangan penganut Islam di seluruh dunia meningkat pada kadar purata kira-kira 2.2 peratus setahun. Terdapat 1.57 bilion umat Islam di seluruh dunia pada tahun lalu.
Menurut angka disediakan wadah pemikir Washington, jumlah peningkatan populasi umat Islam di Britain daripada 2.8 juta penduduk masa kini sebahagian besarnya didorong oleh faktor migrasi.

Kajian dilakukan Pusat Kajian Pew pula menyatakan dalam tempoh 40 tahun antara 1990 hingga 2030, jumlah peningkatan umat Islam di Britain bakal mencatat lima kali ganda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga