Pages

nuff

Saturday, January 29, 2011

Awas hiburan dari Barat.. (Belah timur ok...)

HIBURAN MELAMPAU...gaya hidup hedonisme pasti membawa kepada kerosakan dan kemaksiatan. - Gambar hiasan(tapi boleh salah satu contoh kerosakkan akhlak bukan hiasan sajeee..)

TUGAS pendakwah tidak terhad kepada golongan agama atau cendekiawan Islam saja kerana semua individu bertanggungjawab melakukan sesuatu untuk pembangunan serta kesatuan umat Islam.
Boleh dikatakan kerjaya seperti wartawan, penulis, pengarah filem, pelakon, penyanyi atau ahli sukan juga boleh berperanan menyebarkan dakwah.

LAKONAN BERMANFAAT...jika seorang pelakon membawa babak sedang membaca al-Quran mereka perlu membacanya dengan sempurna. - Gambar Hiasan
Malah, bidang seni seperti filem dan drama berpengaruh besar jika mereka bijak menggunakan saluran ini untuk berdakwah. Ini kerana sasaran dan jaringannya lebih luas.

Hiburan perlu dinikmati secara baik yang jauh daripada perbuatan cela.
Ia adalah bentuk hiburan dinyatakan Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud: “Seorang yang berakal tidak selayaknya menghabiskan waktu kecuali untuk tiga perkara iaitu mencari bekalan akhirat, memperbaiki taraf hidup atau menikmati hiburan tidak diharamkan.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga