Pages

nuff

Wednesday, May 4, 2011

7 Persoalan Selepas Kematian Osama


Amerika bersorak gembira apabila berita yang mengejutkan bahawa Pasukan Khusus komando AS telah membunuh Osama bin Laden. Operasi ketenteraan yang berjaya merupakan penghargaan untuk kemahiran Pasukan Khusus US , ketekunan  perisikan profesional yang mencari Osama yang telah diburu selama lebih dari satu dekad itu membuahkan hasil akhirnya (walaupun menipu).

Serangan terhadap kompleks bin Laden juga menimbulkan banyak persoalan dan antara 7 persoalannya adalah :-


1. Apakah dengan kematian Osama Bin Laden dapat melumpuhkan Al-Qaeda dan keganasan jihad lebih luas?  
Mungkin tidak. Al-Qaeda sudah lama lagi menjadi operasi penjihadan. Selama berdekad-dekad terakhir Osama bin Laden telah menjadi boneka lebih dari mastermind kepada pengikut-pengikutnya. Hal ini, menunjukkan pengikut Osama masih lagi berlegar-legar diseluruh negara barat atau didunia yang masih membawa perjuangan yang ditinggalkan Osama.

2. Bolehkah anda membunuh simbol?  
Dalam mengumumkan kematian malam terakhir Osama bin Laden, Presiden Obama mencatatkan bahawa "Selama lebih dari dua dekad, Osama bin Laden telah menjadi pemimpin al-Qaeda dan telah menjadi sebagai simbolik kepada masyarakat sekitar. " Tubuh bandan mati, tetapi simbol tidak". Dalam kematian, Osama Bin Laden akan terus mengilhami jihadis sebanyak yang ia lakukan dalam hidup. Ancaman terbesar bagi Osama bin Laden datang bukan dari peluru Amerika tetapi pengaruh kepolitikan di seluruh tanah Arab.

3. Dimana Ayman al-Zawahiri? 
Dengan matinya Osama bin Laden, ketua leftenan dan seseorang yang sering digambarkan sebagai "otak" al-Qaeda yang telah diwartakan top listed most wanted man tidak di ketemui semasa serangan yang dilakukan keatas Osama sedangkan perisikan menemui Osama tetapi tidak menemui pembantunya.

4. Apakah Pakistan merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk Amerika Syarikat? Presiden Obama mengatakan semalam bahawa "kerjasama kami dengan Pakistan membantu membawa kita menemui Osama bin Laden." Tetapi White House tidak memberitahu kepada kerajaan Pakistan dan tentera Pakistan tidak ikut serta dalam serangan itu. Kediaman Osama Bin Laden terletak hanya empat puluh batu sebelah utara ibukota Pakistan Islamabad - atau sekitar jarak dari Washington ke Baltimore - di bandar yang menjadi tuan rumah pengkalan tentera Pakistan.

5. Bolehkah tentera meninggalkan Afghanistan sekarang?  
Mungkin dalam beberapa bulan mendatang, Presiden Obama akan memutuskan apakah dan seberapa cepat pengeluaran pasukan tentera AS di Afghanistan. Minggu lalu Pentagon melaporkan berita agak optimis tentang kemajuan dalam Perang Afghanistan. Kematian Osama Bin Laden memberikan presiden pembukaan pengaruh politik untuk cukup besar untuk menarik perhatian orang awam yang kebanyakan orang Amerika inginkan. Dia selalu membenarkan perang di Afghanistan dalam hal mengalahkan dan pembongkaran al-Qaeda, dan ia boleh mengatakan bahawa dengan kematian Osama bin Laden bahawa tujuan telah pun tercapai.

6. Adakah Obama memanfaatkan politik dari hasil kematian Osama bin Laden? 
Pendapat orang awam bersetuju bahawa pengeruh presiden mereka telah tergelincir baru-baru ini setelah menikmati ekonomi sederhana diawal tahun ini.

 7. Adakah ini akan dapat menyelesaikan semua masalah? 
John Boehner, Dick Cheney, dan Rudy Giuliani adalah beberapa dari tokoh-tokoh Parti Republik yang telah mengucapkan selamat kepada Obama. "Tapi jangan berharap yang masalah ini telah berakhir". Isu-isu pembahagian Demokrat dan Republik yang terlalu rumit setelah kematian pengganas terkemuka di dunia.

Bertanya soalan-soalan ini tidak mengurangkan makna dari apa yang semua kerajaan Amerika lakukan. Membunuh bin Laden hanya membawa penutupan kesengsaraan kepada keluarga yang telah kehilangan orang yang dicintai pada 9 / 11. Hal ini menunjukkan bahawa pengganas akan menerima balasan untuk kejahatan mereka.Keadilan telah berjaya ditegakkan (wekkkkkk..)



Pandangan-pandangan dalam artikel ini adalah semata-mata dari James Lindsay aku cuma mentranslate ke bahasa Melayu :-

video




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga