Pages

nuff

Tuesday, August 30, 2011

Pelari Pecut Gempal Kena Tinggal

Berita Asal : Pelari pecut gempal Samoa bersemangat walaupun tahu akan kalah


TAFUNA – Kepulauan Samoa Amerika lebih dikenali kerana menghasilkan ramai ahli sukan berbadan besar termasuk bintang bola sepak Amerika dan ahli gusti, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, tanah jajahan Amerika Syarikat (AS) yang terletak di selatan Lautan Pasifik itu belum pernah memiliki pelari pecut yang cemerlang.

Fakta tersebut bagaimanapun tidak menghalang warga Samoa Amerika, Sogelau Tuvalu bertanding dalam acara saringan 100 meter pada kejohanan olahraga dunia di Daegu, Korea Selatan yang sedang berlangsung.
Tuvalu, 17, merupakan satu-satunya pelari berbadan gempal yang menyertai acara tersebut.
Permulaan acara saringan itu menyaksikan Tuvalu mempamerkan larian penuh bertenaga untuk berada di hadapan.

Namun, dia gagal untuk mengekalkan momentum dan segera dipintas pelari-pelari lain.
Tuvalu akhirnya menamatkan larian di tempat terakhir dengan masa 15.66 saat setelah ketinggalan 40 meter di belakang pelari-pelari lain

Catatan masa Tuvalu adalah yang kedua paling lambat dalam sejarah kejohanan itu.
Acara saringan berkenaan dimenangi oleh pelari Malaysia, Mohammad Noor Imran Abdul Hadi. – Agensi

Sumber : Kosmo

Monday, August 29, 2011

Koleksi Iklan Raya Yang Lalu

Sumpah aku cakap, kerana iklan-iklan ni lah yang menyumbang kegamitan menjelangnya hari raya..

 

Orkestra Hari Raya

Main Mercun Dalam Tin,
Putus Jari Tak Boleh Raya,
Ku Meminta Maaf Zahir dan Batin,
Dan Selamat Hari Merdeka Untuk Malaysia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga