Pages

nuff

Thursday, May 19, 2011

Parang Terbang


Dalam entry aku sebelum ini ada menceritakan pasal peristiwa 13 Mei 69 dan dalam peristiwa hitam itu ada lagi satu peristiwa anih yang terselit dalam tempoh berlakunya pertumpahan daran di tanah Melayu. Peristiwanya berbunyi seperti ini :-


Berdasarkan sumber yang diperolehi, 4 kiyai yang dimaksudkan tidak diketemui tetapi sebaliknya nama kiyai yang sering diperkatakan dalam peristiwa ini adalah Kiyai Salleh @ Panglima Salleh berasal dari mukim 4 Batu Pahat, Johor dan dikatakan beliau merupakan berbangsa Banjar iaitu suku bangsa yang berasal daripada Kalimantan Selatan. Bangsa ini sangat terkenal dengan ketaatannya kepada ajaran agama islam dan dikatakan beberapa ulama terkenal di nusantara ini adalah berbangsa Banjar.

Ilmu parang terbang ini telah diamalkan oleh Kiyai Salleh hasil perguruannya dengan ilmu parang panjang Tuan Syeikh Othman. Untuk memendekkan cerita disini anda 4 ayat yang menjadi amalan dalam mempelajari ilmu ini :-


4 ayat ini hendaklah dijadikan amalan di mulut seseorang itu sekurang-kurangnya 4 kali sehari atau selepas menunaikan solat 5 waktu. Jika hendak melebihkan amalan bacaan ayat ini pon amat digalakkan. Dalam setiap kali hendak mengamalkan ayat hendaklah disertakan dengan niat dan memohon kepada yang Maha Esa untuk mendapatkan berkat ilmu dari-Nya.

Apabila amalan sudah sebati dengan si pengamal. Sebelum turun untuk bertempur baca kesemua ayat ini sebanyak 5 kali iaitu setiap sudut kanan, depan, kiri, belakang, dan diri tubuh si pengamal.


Beberapa fakta pada kelebihan parang si pengamal ayat ini yang telah diceritakan adalah :-

1. Pedang beliau(Tuan Syeikh Othman) yang boleh melentur dan dipakai di pinggang beliau seperti tali pinggang merupakan pemberian seorang tua dari sungai simpang kiri. Ada yang mendakwa pedang tersebut warisan Dato' Bahaman. Wallahualam

2. Beliau mempelajari banyak amalan dan ilmu dari serata tempat. Amalan beliau yang paling terkenal adalah "ayat empat" dan disertai pemakaian "selempang merah".

3. Ayat empat tidak membuatkan mana mana parang mahupun pedang pahlawan banjar, bugis dan jawa di Johor TERBANG namun ianya akan menberikan kesan terhadap pandangan musuh antaranya :-
  a. Melihat pengamal ayat empat, tinggi setinggi pokok kelapa.

  b. Melihat hanya senjata manakala empunya senjata dighaibkan Allah. Disinilah bermulanya kisah parang     terbang. Padahal musuh tak nampak pembawa senjata bukan parang tu terbang sendiri.

4. Ayat empat adalah merupakan ayat perang, ianya panas bila diamalkan oleh penerima ijazah. Disejukkan dengan zikir Ya Latif

5. Selempang merah hanya simbol, psikologi untuk pengamal betapa mudah mudahan, pemakai selempang merah yang telah didoakan itu mendapat perlindungan Allah. Selempang itu cuma kain biasa yang didoakan, moga moga pemakainya dilindungi Allah. Ingat, ianya tidak memberi sebarang kesan. Allah sahaja yang Maha Berkuasa

Disini aku sertakan video yang dikatakan parang milik peninggalan Tuan Syeikh Othman :-


Akhir ayat yang ingin disampaikan, tak kira lah sebagaimana hebatnya ilmu yang ada diseseorang jika hendak dibandingkan kekuasaan ALLAH S.W.T kerana Dia hanya meminjamkan kelebihan itu kepada manusia. janganlah berasa bongkak atau disalah gunakan ilmu ini walhal kelak manusia pasti menghadap-Nya jua di hari pembalasan.

1 comment:

  1. rasanya amalan parang panjang ini hanya selepas maghrib & subuh sahaja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga