Pages

nuff

Thursday, May 12, 2011

Bela Diri Tanpa Senjata Tajam


 JAZAKALLU KHAIRAN
Sebagai pengamal seni bela diri, setiap benda disekeliling kita adalah merupakan senjata yang berguna untuk melepaskan diri daripada serangan musuh. Teknik ini sesuai digunakan kepada golongan wanita kerana mereka ini sering membawa banyak perkakas bersamanya tidak kira kemana mereka pergi seperti alat solek, gunting kecik, kunci kereta, kunci rumah, kunci pagar rumah(semua tu kunci la kan.) dan yang baik lagi handfon 3310 (tu pon kalau masih ada la) dapat dijadikan sebagai senjata pelindungan.


Tapi, kalo difikirkan sebenar orang pompuan ni lebih merbahaya daripada lelaki kerana banyak sangat senjata yang dibawanya sedangkan lelaki hanya ada satu je senjata.. tu pun belum tentu boleh guna.

Tanpa membebel panjang2, antara contoh teknik bela diri ini adalah :-

1) Kunci

Kunci sebenarnya dapat memberikan kesan kecederaan yang parah jika digunakan dengan kaedah yg betul(untuk pertahankan diri la, aku tau la yg betul kunci tu buat bukak suis atau selak pintu).


Untuk menggunakannya bahagian hujung kuncilah merupakan bahagian senjata. Cara penggunaannya adalah pegang kunci secara meramas kunci tersebut :-


Bahagian hujung kunci hedaklah dikeluarkan kerana bahagian itu merupakan faktor yang memberi kesan kecederaan.
Untuk menggunakkannya pula :-

  • Jika anda berhadapan dengan musuh, caranya adalah menghentak atau menggores kunci ni di bahagian muka samada di dahi, tepi mata, tengkuk, dagu dan pipi. Jika musuh itu kurus, dibahagian tepi rusuk juga dapat memberi kesan yang kaw-kaw kepadanya.
  • Jangan sesekali korang guna kunci ni degan cara menikam ke perut lawan kerana akibatnya anda dibalas dengan lempangan musuh ke muka anda. Tambahan pula musuh itu berperut buncit.
 2) Gunting Kecik

Gunting sememangnya merupakan benda yang tajam, tetapi walaupun digunakan semasa membela diri tapi tidak digunakan dengan cara yg betul ia tidak dapat membantu membela anda atau sebaliknya.


Gunting seperti gambar diatas sangat sesuai untuk digunakan semasa berhadapan dengan musuh kerana saiznya dapat disembunyikan dengan tapak tangan. Ini dapat memberi kelebihan kepada anda semasa mengeluarkannya daripada beg atau kocek seluar tanpa disedari musuh.
Cara gemgamannya pula adalah :-


Cara gemgaman diatas adalah antara yang paling bersesuaian kerana ia tidak menyakitkan tangan anda semasa menyerang musuh. Cara serangan adalah sama seperti menggunakan kunci tetapi ia mempunyai kelebihan dimana ia dapat memberikan kesan kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh musuh yang berlapiskan kain, baju atau seluar yang nipis. Jika musuh memakai jeans atau jaket jangan sesekalai menyerang bahagian itu kerana ia berkemungkinan besar tidak memberi sebarang kecederaan.

Jika dah tiada sangat tempat nak serang... Lari la Oiiii.. kalo korang rasa diri korang hebat.. haha bergomo la dengan musuh sampai besok pagi pun takpa.

Selain daripada peralatan diatas, ni ada lagi bonos teknik serangan untuk anda sekalian :-


Selamat mencuba :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga