Pages

nuff

Thursday, February 17, 2011

Berita sadis minggu ini - Kutip cebisan daging anak

PASIR MAS – Seorang bapa menguatkan semangat untuk mengutip cebisan daging dan tulang anaknya yang maut dalam kemalangan di Buluh Melintang, jam 8.30 malam kelmarin.

Seman Ishak, 45, berkata, perasaan sayu menyelubunginya apabila banyak cebisan tulang dan daging anaknya, Siti Noor Suliana, 14, hancur setelah terlibat dalam kemalangan itu.

Ketika dia tiba di tempat kejadian, anak keempat daripada sembilan beradik bersama sepupunya berada dalam keadaan kritikal dan amat menyayat hati.

“Saya paksa diri untuk gagahkan diri mencari cebisan daging dan tulang anak untuk dibawa ke hospital bagi membolehkan doktor menyambung semula bahagian tubuhnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seman berkata, sebelum kejadian, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong, ada memaklumkan kepada isterinya mengenai hasrat untuk menemani sepupunya membeli burger.

Menurutnya, anaknya keluar bersama sepupunya untuk membeli burger kira-kira satu kilometer dari rumah, namun hajat mereka tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan.

Katanya, akibat perlanggaran dengan kereta, anaknya cedera parah pada bahagian kepala, terputus bahagian kaki dengan tulangnya hancur pada bahagian paha.

Mangsa katanya, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun katanya, anaknya disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di kepala.

Sepupu Noor Suliana yang patah tangan, paha serta sakit pada bahagian dada dirawat di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi mengesahkan mengenai kemalangan menimpa pelajar terbabit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga