Pages

nuff

Saturday, September 10, 2011

Berlian 'Mata Emas' Dilelong RM8.42Juta..Juta..Juta....

CLEVELAND - Satu berlian berwarna 'kuning telur' yang dikenali sebagai Golden Eye dilelong pada harga AS$2.8 juta (RM8.42 juta).
Pemenang bidaan berlian itu tidak didedahkan kerana Perkhidmatan Marshal Amerika Syarikat (AS) akan memeriksa latar belakang pembeli baharunya terlebih dahulu samada betul2 ada duit atau tidak.
Berlian itu dilelong kelmarin dengan 16 orang menyertai bidaan untuk memilikinya.
Ia merupakan milik seorang ahli perniagaan di Ohio, AS yang disabitkan dengan kesalahan penggubahan wang haram dan konspirasi.

Menurut pendakwa raya, ahli perniagaan itu cuba untuk menjual berlian itu dan sebuah hartanah yang pernah menjadi milik bekas petinju terkenal, Mike Tyson kepada seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang sedang menyamar pada harga AS$19.5 juta (RM58.64 juta) selain sebuah bot nelayan.
Berlian itu kemudian dirampas oleh kerajaan.
Bidaan di online bermula pada Selasa lalu dengan hanya empat pembida sebelum bertambah menjadi 16 pembida. - Agensi



Friday, September 2, 2011

Thursday, September 1, 2011

Asal Usul Lagu Negaru-Ku


Lagu Negaraku dijadikan lagu kebangsaan pada tahun 1957. Nada asli lagu Negaraku telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk Terang Bulan, sebuah lagu yang popular pada masa tu (the state anthem of Perak). Pada masa tu, 11 negeri di Malaya (ketika tu) mempunyai lagu negeri masing-masing. Tunku Abdul Rahman, pada masa tu Perdana Menteri mencadangkan untuk memilih lagu kebangsaan yang sesuai. Satu pertandingan telah diadakan dan penyertaan telah mendapat sambutan dari serata dunia. 514 penyertaan telah diterima tapi tiada satu pun yang sesuai. Kemudian pemimpin tertinggi kerajaan membuat keputusan untuk memanggil composer terkenal. Composer yang telah terpilih ialah Benjamin Britten, Sir William Walton, Gian Carlo Menotti and Zubir Said (pencipta lagu singapura). Tetapi usaha mereka juga sia-sia.


Selepas tu, pemimpin kerajaan terfikir untuk mengambil lagu kebangsaan Perak sebagai lagu kebangsaan. Lirik baru telah dicipta. Pada masa tu, melodi lagu ni (semasa masih sebagai lagu kebangsaan perak) adalah sangat popular di Singapura & Malaya dengan tajuk Terang Bulan.
Sebenarnya, nada lagu Terang Bulan ini sama seperti lagu Mamula Moon berasal dari island of Mahe di Seychelles. Tempat tinggal Sultan Perak satu masa dulu. French band selalu membuat persembahan dengan tune ni. Sejarahwan percaya lagu Mamula Moon dicipta oleh Pierre Jean de Beranger dengan mendapat idea daripada French Poet pada abad ke-19.

 


Tuesday, August 30, 2011

Pelari Pecut Gempal Kena Tinggal

Berita Asal : Pelari pecut gempal Samoa bersemangat walaupun tahu akan kalah


TAFUNA – Kepulauan Samoa Amerika lebih dikenali kerana menghasilkan ramai ahli sukan berbadan besar termasuk bintang bola sepak Amerika dan ahli gusti, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, tanah jajahan Amerika Syarikat (AS) yang terletak di selatan Lautan Pasifik itu belum pernah memiliki pelari pecut yang cemerlang.

Fakta tersebut bagaimanapun tidak menghalang warga Samoa Amerika, Sogelau Tuvalu bertanding dalam acara saringan 100 meter pada kejohanan olahraga dunia di Daegu, Korea Selatan yang sedang berlangsung.
Tuvalu, 17, merupakan satu-satunya pelari berbadan gempal yang menyertai acara tersebut.
Permulaan acara saringan itu menyaksikan Tuvalu mempamerkan larian penuh bertenaga untuk berada di hadapan.

Namun, dia gagal untuk mengekalkan momentum dan segera dipintas pelari-pelari lain.
Tuvalu akhirnya menamatkan larian di tempat terakhir dengan masa 15.66 saat setelah ketinggalan 40 meter di belakang pelari-pelari lain

Catatan masa Tuvalu adalah yang kedua paling lambat dalam sejarah kejohanan itu.
Acara saringan berkenaan dimenangi oleh pelari Malaysia, Mohammad Noor Imran Abdul Hadi. – Agensi

Sumber : Kosmo

Monday, August 29, 2011

Koleksi Iklan Raya Yang Lalu

Sumpah aku cakap, kerana iklan-iklan ni lah yang menyumbang kegamitan menjelangnya hari raya..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga