CLEVELAND - Satu berlian berwarna 'kuning telur' yang dikenali sebagai Golden Eye dilelong pada harga AS$2.8 juta (RM8.42 juta).
Pemenang bidaan berlian itu tidak didedahkan kerana Perkhidmatan Marshal Amerika Syarikat (AS) akan memeriksa latar belakang pembeli baharunya terlebih dahulu samada betul2 ada duit atau tidak.
Berlian itu dilelong kelmarin dengan 16 orang menyertai bidaan untuk memilikinya.
Ia merupakan milik seorang ahli perniagaan di Ohio, AS yang disabitkan dengan kesalahan penggubahan wang haram dan konspirasi.
Menurut pendakwa raya, ahli perniagaan itu cuba untuk menjual berlian itu dan sebuah hartanah yang pernah menjadi milik bekas petinju terkenal, Mike Tyson kepada seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang sedang menyamar pada harga AS$19.5 juta (RM58.64 juta) selain sebuah bot nelayan.
Berlian itu kemudian dirampas oleh kerajaan.
Bidaan di online bermula pada Selasa lalu dengan hanya empat pembida sebelum bertambah menjadi 16 pembida. - Agensi

No comments:
Post a Comment