Pages

nuff

Showing posts with label nukilan harian. Show all posts
Showing posts with label nukilan harian. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Projek Final PSMZA masuk Utusan...

Tanggal 20/4/2011 aku terkejut dan sedikit rasa cumburu apabila terbaca tajuk sebesar ibu jari tangan yang bertulis "PSMZA rangsang ciptaan kreatif"... Apa yang terpampang dimuka akhbar itu, memang aku kenal sangat dengan muka diaorang ni.. X sangka kepalak otak jambulnya bergeliga buleh buat batu cincin daaa...
Projek yang dia orang hasilkan adalah "alat memanjat kelapa".... Yaaa.. 'alat memanjat kelapa' dan ia telah menjuarai dalam pertandingan projek akhir di poli Dungun... Yang aku lebih merasakan cumburu adalah geng-geng ni adalah satu batch ngan aku... Tapi masa tu aku tengah buat latihan Industri pada sem last.

Ni gambornya mereka yang berjaya :-


 
.
.
.
.
.
.

Dia orang memang bagus.. Tapi aku nak promote jugak projek akhir aku yang lepas..

NI hah...:-

  

Hahahaha... dah macam robot Transfomer dah.. Ni la projek 'mesin merentasi masa'... Dengan alat ni, kita dapat memperlahankan masa dan mempercepatkan masa.. Benda yang paling top pasal projek aku ni adalah strika yang mengadap tepat kearah pengguna. Cara pengendaliannya mudah sahaja..
Begini caranya :-

1. Panggil seorang sukarelawan atau seorang kawan untuk membantu anda.
2. Hidupkan suis pemanas.
3. Letekkan tangan pembantu anda dibawah strika.
4. Suruh pembantu anda mengucap 'Bismillahirohmanirohim' sebanyak 3x.
5. Apabila stika sudah panas, anda terus tekankan strika panas itu ke tangan pembantu anda selama 1 saat
6. Tangan pembantu anda yang sebelah lagi secara automatik akan singgah ke pipi anda.
7. Ketika itu lah minda anda akan merasakan bahawa masa itu cepat dan lambat.

Sekian...

Tuesday, January 17, 2012

Singa Pon Takut Bini...

Bukan sahaja manusia yang mengalami masalah queen kontrol... malah king of jungle pon terlibat sama.


Thursday, October 27, 2011

Skill Basuh Kemaluan Selepas Kencing Yang Betul


Kencing! sesuatu perbuatan dimana seseorang perlu melepaskan air daripada kemalauannya (saje nak bagi definasi sket) tetapi paernahkah anda membasuh 'kepala paip' atau dot* dot* anda dengan sempurna???

Oleh itu, saya disini tanpa rasa segan silu untuk menaip kenyataan ini sebagai seorang islam kita telah diajar untuk membasuh alat pancutan* dengan sempurna agar diri anda suci dan bersih bersesuaian dengan agama yang anda ikuti Islam Itu Suci...

Walaupun anda dalam keadaan tergopoh gapah sebagaimana pun anda perlu membasuhnya sepertimana ada :

Seorang lelaki :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar (time kencing je berdehem jangan time berak pulak.. nanti terpotong-potong  dia keluar..).
Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran (urut secara lemah lembut).
Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya (guna air mutlak, jangan suna air sirap bandung).

Seorang Wanita :
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
* yang ni x pandai nak ulasan kerana ia bukan skill aku,

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
*Alah, budak darjah 2 pon dah pandai basuh kencing... ni sibuk2 nak ajar orang tua pulak....!
Jika Itu Kenyataan Anda.... Anda Silapppppp... silappp.. silapppp.(echo)

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Monday, August 29, 2011

Koleksi Iklan Raya Yang Lalu

Sumpah aku cakap, kerana iklan-iklan ni lah yang menyumbang kegamitan menjelangnya hari raya..

 

Orkestra Hari Raya

Main Mercun Dalam Tin,
Putus Jari Tak Boleh Raya,
Ku Meminta Maaf Zahir dan Batin,
Dan Selamat Hari Merdeka Untuk Malaysia.



Thursday, July 7, 2011

Peludah Warna


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Karya : A. Samad said

Itu lah luahan daripada sasterawan negara yang berjuang demi kebenaran yang sering diselindungkan dengan warna biru putih dan merah putih yang telah menjadi dalang memutar belitkan keadaan. Dengan warna KUNING, beliau dan mereka2 ingin membuatkan mata rakyat bertumpu kearahnya kerana ia lebih menyilau daripada biru dan merah.

Friday, June 3, 2011

Khairul Fahmi Berlakon


Berita gempak - Seperti yang kita war-warkan akan kehebatan penjaga gawang gol no.1 di Malaysia dan kelab bola sepak Kelantan telah pon kelayar perak pada suatu masa dahulu pada tahun 2001. Kehebatannya menjadi keeper memang sudah pon teserlah pada ketika ini dan ia telah menarik perhatian pembikin sebual filem di Hong Kong. Namun, hal ini tidak didedahkan oleh presiden KAFA kerana masa itu dia pon tak kenal Khairul Fahmi. Hal ini menjadi mesteri dan ia telah terungkai setelah filem ini ditontonkan kembali oleh admin blog ini.- Reuters.

Beberapa snapshot yang sempat diambil untuk membuktikan akan kesahihan lakonan yang dilakonkannya :-


Friday, May 20, 2011

Hentikan Gangguan Seksual Kepada Lelaki


Dilaporkan - Beberapa bujang dan teruna yang telah diinterview disekitar bandar raya mengatakan bahawa mereka telah pun menjadi mangsa kepada gangguan ini. Beberapa mereka kini telah pon dapat diselamatkan oleh iman didada dan kini sedang menjalani rawatan rapi di masjid sekitar tempat tinggal. Tetapi yang menyedihkan mangsa yang terkorban nafsu dikatakan gagal menghalang ganguan ini.

Mari kita dengar kata mereka :-

Sunday, May 8, 2011

Kemalangan Yang melibatkan 2 Ekor anak Kucing






Kemalangan merupakan suatu mimpi ngeri kepada mereka2 yang pernah terlibat denganya..
Jadi apa kata anda jika kemalangan ini melibatkan 2 ekor anak kucing tidak bersalah yang comel?


Saturday, May 7, 2011

JANGAN SAMBUT HARI IBU (kenapa? baca lah)


JAZAKALLUHU KHAIRAN
Hari ibu yang disambut pada 8 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Dalam Islam memperingati ibu tidak semestinya nak tunggu hari ibu. Jasa ibu hendaklah sentiasa diingati oleh anaknya kerana sebelum lahir lagi si ibu telah pun melempar jasa, menongkang arus kehidupan, dan memerah keringa untuk membesarkan-mu. Takkan lah hari ibu baru korang nak menghargai ibu-mu..
PIKIR-PIKIRKAN LAH...
WALLAHUALAM.....
  

Sunday, May 1, 2011

Metal Polishing (penampakan hantu)

Di pagi yang hening tadi, aku dapat merasakan sesuatu yang akan berlaku seketika nanti. Lalu aku pon kehulu dak kehilir rumah-ku untuk mencari sesuatu yang tersembunyi yang aku pon sendiri tidak pernah tersempak dengannya.

Dengan berteman kan baju-t kecil berlogo Optimus Prime dan berseluar Yenki pendek. Aku dengan beraninya pergi ke suatu sudut iaitu dicelah almari lama peninggalan arwah ibu-ku...... Hati-ku mula berdebar..

Dup... Dap.. Dup Dap...

Alllah....!

Aku jumpa sejenis makhluk...

Dan... makhluk ini jugalah yang dikatakan telah menyesatkan seluruh umat manusia di muka bumi ini dengan aksi-aksi yang tidak boleh digunapakai di dunia realiti..

Mari kita saksikan......

Monday, April 4, 2011

Tuesday, March 29, 2011

Permainan dizaman mula2 dapat motorsikal....

Mula2 dapat motosikal(muto honda je tp bukan ex5 enjin je sama)... pergh memang pengalaman yang x dapat dilupakan... banga, seronok, teruga, mutu kemahuan remaja..

Aku mula2 dapat motosikal dia akhir2 masa aku tingkatan lima.. masa tu lesen pon aku takdak lagi.. tp aku dah ada motor.. walaupon aku dapat motor tp Bos(merangkap bapak aku) aku masih lagi aku belom past lesen naik motor depan dia.. kalo bawak dalam kampong pon kene sound lagi ngan dia... takut kene sekat polis...
hahaha.. punya la risau orang tua aku ni..

penghias posting


Saturday, March 26, 2011

Cikgu Shida mengganas lagi....

Harghahahahahaha...
kali ni Cikgu Shida tampil dengan lagu Hanyut.. Apa pandangan anda tentang Cikgu Shida ni.. Bagi aku dengan video kali ni dan yang lain2.. boleh tahan la lawak-nye.. Aku bagi la 6/10 bintang... Hehehe.. ambik la Cikgu Shida bintang aku ni.. campur ngan sambal belacan..

Berdasarkan apa yang aku tengok pandangan, komen, dan rapu-merapu orang ramai kepada Cikgu Shida..
Emmm.. nasib badan...
Menjadi sebagai penghibur ni memangbanyak dugaannya tambahan lagi dengan kerjayanya sebagai seorang guru..

Bagaimana pulak dengan dia ni.. Seluruh dunia kenal dia..
antara salah satu video joget2-nya

Dan sedikit latar belakangnya :-

Rowan Sebastian Atkinson dengan pose hencemnya


Name : Rowan Sebastian Atkinson
Pendidikan :    
  • Sekolah Choristers Durham, St Bees School  
  • Newcastle University 
  • Degree MSc Electrical Engineering di The Queen College
  • Permulaan lawaknya di Edinburgh Fringe Festival pada tahun 1976.
  •  Di Oxford, dia melakukan sketsa awal untuk Universiti Oxford Drama Society (OUDS)
Itu lah serba sedikit latar belakangnya yang pernah dilabelkan sebagai orang paling bodoh didunia..
sekarang dia merupakan antara selebriti tersohor di dunia... lawaknya bukan sahaja dengan aksi2 bodoh.. malah ada juga yang lawaknya sedikit diselitkan dengan nukilan2 keduniaan seperti di sini.

Malah Encik Kacang juga mempunyai anak yang hottttt....hehehe (x da kaitan pon dengan topik ni saje je)


Gemma Atkinson


Akhir kata.. janganlah kata orang yang membuat lawak tu bodoh.. dia tidak bodoh..kerana yang bodoh tu hanyalah orang yang memperkatakan dia membuat bodoh dimana otak orang yang membuat lebih kreatif berbanding otak yang mengomen.....


Sekian....

Thursday, March 24, 2011

Header lain la pulak.....

Hari keja cuti hari yang membosankan...
Tengah2 layan kepala yang separa pening sambil mengadap komputer lipat aku ni tiba2 pulak terhasil seni yang buruk x disengajakan..(bukan nak mintak belasan dari orang lain ni.. tp memang betul pon).

hehe.. gmbar aku yg membuatkan timbul keburukan tu.

Cilakak betul laa...
Gambar ni member aku yang tak bertanggungjawab la yang ambik..
Ni ha ropenya :-


Hahaha..
aku terpaksa sembunyikan sedikit wajahnya yang sebenar agar tidak menjadi mangsa jenayah siber..
Kepada budak2 DMK6-S1 Poli Dungun sem 6 tahun 2011 mesti teruja melihat gambar beliau dalam blog aku ni..
Akhir kata.. Majulah Poli untuk negara..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga