Pages

nuff

Friday, February 4, 2011

Hosni tidak mahu tunduk.. nk mendongak jee...


KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak tidak mengendahkan desakan lebih suku juta penduduk Mesir supaya beliau meletak jawatan serta-merta.
Beliau sebaliknya mengumumkan akan terus berkhidmat sehingga tempoh jawatannya berakhir September ini dan akan ‘mati di bumi Mesir.’ Hosni turut berjanji untuk tidak bertanding semula. Bagaimanapun, ikrarnya itu gagal meredakan kemarahan rakyat Mesir sementara pertempuran meletus antara penyokong dan penentangnya.

Penunjuk perasaan bertegas menyatakan mereka tidak akan mengakhiri bantahan mereka yang sudah berlarutan selama seminggu kecuali Hosni yang sudah memerintah sejak 30 tahun lalu, meletak jawatan.
Tawaran pemimpin Mesir itu untuk terus berkhidmat selama tujuh bulan lagi, mengancam meningkatkan kekecewaan dan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan.

Di Iskandariah, pertempuran meletus antara beratus-ratus penunjuk perasaan dengan penyokong kerajaan tidak lama selepas Hosni berucap.

Penunjuk perasaan melontar batu ke arah penyokong kerajaan yang bersenjatakan pisau dan kayu sehingga tentera melepaskan tembakan ke udara untuk menghentikan kekacauan itu, kata seorang wartawan tempatan, Hossam el-Wakil.
Sementara itu, ucapan Hosni dicemuh oleh penunjuk perasaan di Medan Tahrir yang menonton siasaran secara langsung menerusi sebuah televisyen besar.

Dalam ucapan selama 10 minit itu, Hosni, 82, keliharan muram tetapi bercakap dengan nada tegas tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan tunduk.
Beliau menegaskan, walaupun jika tunjuk perasaan itu tidak berlaku, beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan presiden bagi penggal keenam pada September ini.

Hosni berkata, beliau akan terus berkhidmat sehingga penggal perkhidmatannya tamat bagi memenuhi langkah yang diperlukan untuk pemindahan kuasa secara aman.

Hosni, bekas panglima tentera udara, juga berikrar untuk tidak akan meninggalkan negara itu.

“Ini adalah tanah tumpah darah saya. Saya tinggal di sini, berjuang untuknya, mempertahankan bumi, kedaulatan dan kepentingannya.

“Di bumi ini saya akan mati. Sejarah akan mengadili saya dan anda semua,” katanya. - AP

babil molek Hosni niii

Thursday, February 3, 2011

Top Gear and Proton Satria Neo rally and really awsome...



akhirnya jenama proton digunakan untuk menentu kemenangan
bukan untuk dijahanam...

dalm episode kali ini tiga ekor mat salleh ni Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May..
bertaruh menentukan pemenang dengan team Astralia dalm perlumbaan satria neo menggunakan top driver masing2..
...
,,,
//

Comparison of MIVEC, VTEC and VVT

How CamPro works...



lbeh kure VTEC jgk tp x leh lawe VTEC lg...

Tuesday, February 1, 2011

Polis mesir terharu dengan ciuman penunjuk perasaan..

 
Polis memang memahami perasaan rakyat mesir tetapi demi arahan pihak atasan yang mementingkan kekuasaan dan  demi arahan yahudi serta amerika, mereka terpaksa menjalankan tugas. Polis adalah mangsa kekejaman mubarak.
sumber-caca marba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga