KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak tidak mengendahkan desakan lebih suku juta penduduk Mesir supaya beliau meletak jawatan serta-merta.
Beliau sebaliknya mengumumkan akan terus berkhidmat sehingga tempoh jawatannya berakhir September ini dan akan ‘mati di bumi Mesir.’ Hosni turut berjanji untuk tidak bertanding semula. Bagaimanapun, ikrarnya itu gagal meredakan kemarahan rakyat Mesir sementara pertempuran meletus antara penyokong dan penentangnya.
Penunjuk perasaan bertegas menyatakan mereka tidak akan mengakhiri bantahan mereka yang sudah berlarutan selama seminggu kecuali Hosni yang sudah memerintah sejak 30 tahun lalu, meletak jawatan.
Tawaran pemimpin Mesir itu untuk terus berkhidmat selama tujuh bulan lagi, mengancam meningkatkan kekecewaan dan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan.
Di Iskandariah, pertempuran meletus antara beratus-ratus penunjuk perasaan dengan penyokong kerajaan tidak lama selepas Hosni berucap.
Penunjuk perasaan melontar batu ke arah penyokong kerajaan yang bersenjatakan pisau dan kayu sehingga tentera melepaskan tembakan ke udara untuk menghentikan kekacauan itu, kata seorang wartawan tempatan, Hossam el-Wakil.
Sementara itu, ucapan Hosni dicemuh oleh penunjuk perasaan di Medan Tahrir yang menonton siasaran secara langsung menerusi sebuah televisyen besar.
Dalam ucapan selama 10 minit itu, Hosni, 82, keliharan muram tetapi bercakap dengan nada tegas tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan tunduk.
Hosni berkata, beliau akan terus berkhidmat sehingga penggal perkhidmatannya tamat bagi memenuhi langkah yang diperlukan untuk pemindahan kuasa secara aman.
Hosni, bekas panglima tentera udara, juga berikrar untuk tidak akan meninggalkan negara itu.
“Ini adalah tanah tumpah darah saya. Saya tinggal di sini, berjuang untuknya, mempertahankan bumi, kedaulatan dan kepentingannya.
“Di bumi ini saya akan mati. Sejarah akan mengadili saya dan anda semua,” katanya. - AP
babil molek Hosni niii
No comments:
Post a Comment