Vovinam merupakan seni tempur tanpa senjata. Hal ini didasarkan pada prinsip antara kekerasan dan lembut seperti silat di tanah Melayu. Latihan yang diberi adalah berasaskan fizikal serta mental dimana ia mempelajari kekuatan dan reaksi lawan sesama bertempur. Vovinam juga melibatkan penggunaan tangan, siku, menendang, mengelak dan teknik Levering. Kedua-dua teknik serangan dan pertahanan dilatih serta membentuk tempuran dan seni tradisional. Berbagai macam teknik termasuk memukul, menendang dll serta, pedang, kapak, kipas lipat(kipas yang orang cina guna tuu) dan lain-lain.
Teknik pertahanan diri menutup pertahanan terhadap serangan bersenjata seperti mencekik dari belakang dan pertahanan terhadap serangan dengan menggunakan pisau atau pedang. Advanced pelajar ialah belajar untuk menggabungkan teknik dan belajar untuk mempertahankan diri melawan musuh bersenjata. Instruktur melatih senjata tradisional seperti tongkat panjang, tongkat pendek, pisau, pedang dan saber. Dengan demikian senjata berfungsi sebagai alat latihan untuk mencapai kawalan optimum tubuh dan fikiran.
Berdasarkan video diatas, permainan Vovinam banyak persamaan dengan taekwondo, karate dan sedikit seni silat Melayu yang telah digabungkan. Penggunaan taekwondo adalah ia banyak penggunaan serangan kaki dan karate adalah serangan dengan cara yang kasar dan meleulu dan silat pula adalah teknik gunting tetapi digunakan pada kedudukan yang tinggi iaitu kepala.
*Setiap ilmu tidak mengenal pokok pangkalnya melainkan sesorang itu minat untuk mempelajarinya.
Jazakallahu khairan
No comments:
Post a Comment