Pages

nuff

Thursday, May 12, 2011

Perisian tanpa lesen akibatkan kerugian lebih RM1.8 bilion


KUALA LUMPUR: Nilai komersial perisian tanpa lesen yang dipasang pada komputer peribadi di Malaysia mencecah lebih RM1.8 bilion (AS$606 juta) pada 2010 apabila 56 peratus daripada perisian berkenaan merupakan produk cetak rompak.

Pengarah Kanan Business Software Alliance (Pemasaran, Asia Pacifik), Roland Chan berkata, kadar itu adalah antara perkara yang dikesan melalui Kajian Cetak Rompak Perisian Global BSA 2010 mengenai perbuatan mencetak rompak perisian di seluruh dunia.
"Malaysia mencatat kadar cetak rompak sebanyak 56 peratus, turun dua peratus daripada 58 peratus pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun, nilai komersial perisian tanpa lesen meningkat kepada lebih RM1.8 bilion (AS$606 juta) berbanding RM1.3 bilion (AS$453 juta) pada tahun sebelumnya"Kadar cetak rompak di Malaysia mengambil masa lima tahun untuk turun sebanyak dua mata sejak 2005 dan oleh itu, melihat kadar cetak rompak menurun sebanyak dua mata dalam tempoh setahun menjadi bukti tentang keberkesanan kempen Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR) oleh kerajaan yang dilancarkan menteri berkenaan pada Mei 2010," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, berikutan kempen berterusan GGCR, yang disertai pendidikan yang disampaikan melalui program itu seperti Seminar Mengenai Tadbir Urus Baik - Kunci Utama Mengurangkan Risiko Terhadap Harta Intelek" anjuran bersama BSA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, baru-baru ini, kadar cetak rompak perisian di tempat kerja akan dapat dikurangkan pda masa akan datang.

Chan berkata, pencapaian itu berbaloi dengan usaha yang dilaksanakan pihaknya pada tahun lepas, di samping merangsang mereka untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memerangi ancaman kegiatan cetak rompak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga