Pages

nuff

Friday, May 6, 2011

Koleksi Kegagalan Dalam Pertunjukan Seni Bela Malu

Dalam setiap pertunjukkan mana2 persembahan seni bela diri sering dihiasikan dengan pertunjukan memecahkan objek yang keras atau menahan daya tetakan samada kayu atau benda tajam dan lain2 telah menjadi suatu rutin dalam pertunjukan seni bela diri. Walaupon aku pernah menyertainya aku pon masih berpendapat yang pertunjukan sebegini sebenarnya tidak perlu jika difikirkan dengan waras.

Jom kita skodeng apa yang berlaku kepada mereka2 yang gagal dalam pertunjukan menyakitkan diri sendiri :-


Walaupon bela diri ini terkenal dengan kekasaran, kekuatan dan err.. kekebalan atau elok diperkatakan mempunyai kelebihan yang tiada pada orang lain tetapi ia adalah untuk memprtahankan diri daripada serangan yang dilakukan oleh manusia bukan serangan yang dilakukan oleh batang kayu atau batu-bata. Lain la ko ade ilmu bantin tersirat. Klo nak sangat pecahkan benda2 ni janganlah masuk seni bela diri, jadi la buruh binaan ke tukang pecah rumah ke, boleh la korang luahkan skill pecah2 korang disitu.

Bukan aku nak menghina tetapi perbuatan mereka ini telah banyak menyebabkan pandangan masyarakat kepada seni bela diri menjadi hambar dan sering diperlekehkan dek kerana ego mereka2 yang sering ingin menunjuk-nunjuk.

Seperti dalam seni bela diri masyarakat kita iaitu Silat amat menitik beratkan akan pendedahan ilmu2 kepada awam. Sebab itulah jika kita tengok cerite zaman dulu-dulu, silat sering diajari pada tempat yang tersembunyi seperti gua, gelanggan yang dilikungi pelepah nyok, mahupun di dalam rumah(ini betul2 buka cobaan).

Akhir kata, janganlah kita bersifat bonggkak atau sombong dengan kelebihan yang ada pada diri kerana walaupun hanya ada setitik sifat ini dalam hati, pintu neraka tebongkang luas menanti kedatangan roh empunya diri.
Jazakallahu Khairan, Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga