Pages

nuff

Sunday, May 29, 2011

Keroncong Untuk Allah S.W.T

Terbaik daripada saudara Bob Lokman..


Tiada...Tuhan selainNya..
Yang layak disembah...
Melainkan Allah...
Tiada..Daya dan upaya..
Melainkan dengan..kehendakNya jua..
DariNya...datangnya kita..kepadaNya Dia..Kembali semua...
Allah....! Allah....! Ya Allah.......

Tiada..Daya dan upaya..
Melainkan dengan..kehendakNya jua...
DariNya..datangnya kita...kepadanNya Dia..Kembali semua...
Allah....! Allah....! Ya Allah.......

Thursday, May 26, 2011

Tuesday, May 24, 2011

Pandangan Rakyat Australia Kepada Malaysia - Lynas

Pandangan mamat Saleh ini mungkin dapat memberi lebih permandangan rakyat Malaysia tentang isu pembinaan kilang Lynas di Ganbang, Kuantan. Jadi kenapa mamat ni nak sangat keluarkan pandangan beliau? marikita dengar apa yang hendak diperkatakan..

Monday, May 23, 2011

Awesome Papertoon

Thanks to this dude for make me and everyone to enjoy this video, tour hard work make huge satisfaction.


Enjoy your self....

Pandangan Menghantui - Lukisan

Entah mengapa bila aku buka youtube hari ni banyak benda-benda yang mengerikan di home page -nya. Mungkinkah ada peristiwa disebalik kengerian yang berlaku pada hari yang bertarikh tanggal 23 Mei ni. jadi bersempena hari kengerian ini aku postkan 2 keping tube horror for my lovely viewer.



Sexidents

Tak pernah terfikir la pulak wujudnya komik yang sebegini macam.


Saturday, May 21, 2011

Parkour Kertas Yang Kreatif

Kekreatifan manusia dapat melangkaui batas akal fikiran orang yang tak berfikir.


Orang Ikan


Oooo... my dear little fishie-fishie.... lempang kang..! macam bangang je.. ini lah berlaku bila otak manusia tidak dapat membezakan antara dirinya ikan atau orang.

Porn In Game

Wow.. weeeeeee... never imagine this before, but i love it to bro... And please for those who can't hold their sins.. leave this blog.


Friday, May 20, 2011

May 21 Dommsday... Kiamat ke?

Satu ramalan Harold Camping yang mengatakan bahawa Jesus Kristus akan kembali ke bumi pada Sabtu, 21 Mei 2011, percikan kekalutan berlaku di seluruh dunia, presiden "Family Radio" dikabarkan akan menyiarkan detik2 berlakunya kiamat di TV.

Hari, tarikh 21 Mei yang Camping anggarkan akan hari kiamat melalui siri beberapa perhitungan matematik dan terdedahnya kod di balik cerita Alkitab dari banjir besar, telah menimbulkan banyak makna.

Kumpulan Kristian AS turut berkempen untuk memberitahu kepada orang ramai akan hadirnya suatu peristiwa Mei 21 ini pada tepat saat matahari terbenam, menurut laporan Reuters.

Diorang ni memag dah kalut dan mengelabah gila dah, mari kita dengar cakap2 si
Harold Camping ni :-


 

Begitulah tanggapan mereka akan kekiamatan dunia ini, sedangkan nabi kita Nabi Muhammad S.A.W pon tidak dapat menyatakan tarikh hari kiamat melain kan hari kejadiannya iaitu hari Jumaat. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat islam haruslah tetap kepada yang satu iaitu ajaran islam berlandaskan Al-Quran, Al-Hadis, dan bertakwa kepada ALLAH.

Bonos..!
Beberapa gambar aktiviti pengkempenan meraka yg giat dijalankan :-

Rumah Dikeliling Air.

Kesemua air yang mengalir keluar dari spillways dan tanggul topping dari atas dan ke bawah Sungai Mississippi telah mengalir menuju ke suatu tempat, dan mereka yang tinggal di kawasan2 berisiko banjir telah mengambil tindakan-tindakan drastik untuk menjaga kediaman masing2 agar tidak ditenggelami air. Dalam apa yang boleh diperkatakan bukti naluri manusia untuk melindungi rumah kesayangan, beberapa di zon bencana telah mengambil teknik tangan mereka sendiri iaitu membina benteng kecemasan untuk menjaga perairan di teluk naik.

Usaha mereka akhirnya yang dapat dilihat membuahkan hasil apabila air Sungai Mississippi melimpah keluar sekali lagi. Kesungguhan mereka mengelakan diri daripada bencana dapat menyelamatkan harta benda dengan lebih efisyen dan cepat berbanding mengharapkan bantuan pihak berkuasa sedangkang diri sendiri tidak mahu berusaha..WTZ.


Hentikan Gangguan Seksual Kepada Lelaki


Dilaporkan - Beberapa bujang dan teruna yang telah diinterview disekitar bandar raya mengatakan bahawa mereka telah pun menjadi mangsa kepada gangguan ini. Beberapa mereka kini telah pon dapat diselamatkan oleh iman didada dan kini sedang menjalani rawatan rapi di masjid sekitar tempat tinggal. Tetapi yang menyedihkan mangsa yang terkorban nafsu dikatakan gagal menghalang ganguan ini.

Mari kita dengar kata mereka :-

Anak Kucing Bermata Satu.. Dajjal Ke?

Pelik lagi anih, anak kucing yang baru dilahirkan dengan satu mata, satu hidung, satu ekor, dan 
satu Malaysia..!
TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu

Thursday, May 19, 2011

Parang Terbang


Dalam entry aku sebelum ini ada menceritakan pasal peristiwa 13 Mei 69 dan dalam peristiwa hitam itu ada lagi satu peristiwa anih yang terselit dalam tempoh berlakunya pertumpahan daran di tanah Melayu. Peristiwanya berbunyi seperti ini :-


Berdasarkan sumber yang diperolehi, 4 kiyai yang dimaksudkan tidak diketemui tetapi sebaliknya nama kiyai yang sering diperkatakan dalam peristiwa ini adalah Kiyai Salleh @ Panglima Salleh berasal dari mukim 4 Batu Pahat, Johor dan dikatakan beliau merupakan berbangsa Banjar iaitu suku bangsa yang berasal daripada Kalimantan Selatan. Bangsa ini sangat terkenal dengan ketaatannya kepada ajaran agama islam dan dikatakan beberapa ulama terkenal di nusantara ini adalah berbangsa Banjar.

Ilmu parang terbang ini telah diamalkan oleh Kiyai Salleh hasil perguruannya dengan ilmu parang panjang Tuan Syeikh Othman. Untuk memendekkan cerita disini anda 4 ayat yang menjadi amalan dalam mempelajari ilmu ini :-


4 ayat ini hendaklah dijadikan amalan di mulut seseorang itu sekurang-kurangnya 4 kali sehari atau selepas menunaikan solat 5 waktu. Jika hendak melebihkan amalan bacaan ayat ini pon amat digalakkan. Dalam setiap kali hendak mengamalkan ayat hendaklah disertakan dengan niat dan memohon kepada yang Maha Esa untuk mendapatkan berkat ilmu dari-Nya.

Apabila amalan sudah sebati dengan si pengamal. Sebelum turun untuk bertempur baca kesemua ayat ini sebanyak 5 kali iaitu setiap sudut kanan, depan, kiri, belakang, dan diri tubuh si pengamal.

Wednesday, May 18, 2011

Tanah Melayu Berdarah Pada 13 Mei 1969


JAZAKALLAHU KHAIRAN
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.


Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Tuesday, May 17, 2011

Anatomi Doll Yang Comel

Belah sana belah sini yang selalu kita fikirkan bila terdengar perkataan Anatomi ni. Tetapi anatomi kali ni tidak menyeramkan tetapi ia hadir dalam versi yang sedikit ada comelnya... Dah aku rasa comel, aku kata comel la..
hehehehehe.. Mari kita skodeng gambar tersebut :-


Kung Fu VS Taekwondo From Afganistan

Ko sepak Aku Kilas Yiiieeyarghhhh..!


Ini lah baru dikatakan sparring.. terbaik ah..

Sunday, May 15, 2011

Baju Biasa Menjadi Baju Seksi

Seorang fasion designer yang telah terkenal bernama Adam Saaks dengan satu ideanya yang unik dimana beliau tidak menghasilkan sebarang pakaian tetapi sebaliknya beliau mengubah pakaian yang sedia ada untuk tampak lebik seksi atau seksa(tapi saya suka). Corak yang dihasilkan adalah sangat unik dimana dia hanya menggunakan sebilah gunting sahaja untuk menjadikannya seksieeee... Mari kita lihat cara beliau meluahkan idea uniknya pada mangsa fesyen mamat ni.


Begitulah rupanya teknik memotong dan membelah kasi seksi.. Menarikkan, kalo aku dapat jadi macam dia akan-ku fesyenkan minah2 ni tanpa seurat benang di tubuhnya huwarghahahahaha...
Antara koleksi hasil potongan baju mamat ni adalah :-

Pertembungan 2 Hala

Tak perlu nak dihuraikan panjang2 kat cini... mari kita lihat dan hayati..


Bermula dengan : Perrrrrr....Perrrrr
Diperantaraan dengan : GEDEGANGGGGGGG...!
Disudahi dengan Astarfirullahalazim...!

Berdasarkan video di atas, apa kata kita tanya pendapat pakcik ni :-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Baiklah.... jawapannya sudah pon diperolehi.. bagaimana pula kata anda?

Saturday, May 14, 2011

Lagend Automotive Yang Terbiar

Manusia bangga bila kemewahannya dapat ditayangkan kepada masyarakat sekeliling terutama kemewahan dari segi automotive iaitu salah satunya kereta. Terfikirkah kita bahawa semua itu adalah alat atau mesin yang melalaikan kita, dengan harga yang seolah-olah karat pon x berani sentuh badan kereta (kalau ikut harga di Malaysia la). Jadi apakah terjadi jika alam lebih berkuasa berbanding kemewahan yang dimiliki..


Kantoi Gelek Dengan Bapak

Taruk gambar baru la rasa geram siket negoknya.

Wahai bapak2 sekalain, jagalah anak2 betina anda sebelum terlambat. Sedangkan mat salleh ni pon boleh berang dengan anak betinanya apa lagi nak dibandingkan dengan kita yang mempunyai agama yang sempurna ajaranNya. Janganlah tunggu nak diratahnya anak perumpuan kamu itu dek penggila nafsu diluar sana baru nak kalut...hehehe mari kita sak-si-kan.



Wajah2 Manusia Yang Keanihan

Sering kali bila kita berjalan2 di sekitar negara, rata2 yang kita temui adalah wajah manusia yang familiar kita lihat, ada hidung, ada mulut, ada telinga, ada mata, malah yang bertaik lalat pon ada. Jadi bagaimana pula dengan wajah yang sangat jarang kita temui?

Mari kita usyar.....

Sekali Langgar 3 Buah Kena

Amasya, Turkey (tarikh tidak diketahui) - Sebuah trak negara Iran mengejar lampu merah dan akhirnya 3 buah kereta nak masuk jalan besar menjadi mangsa dengan teknik langar 3 sekaligus.



Klo x leh bukak video tengok kat cini

Kehebatan Lukisan 3D

Kamu percayakah yang semua lukisan ini adalah pada permukaan rata?


DJ Monkey Dance Off - Coll Stuff


Penyepak Laju Yang Power

Huh... Kena 2 kali yang ni saja boleh pengsan..


Mempersenda Agama Pada Masa Kini

 JAZAKALLUHU KHAIRAN
MEMPERSENDA agama bukan perkara baru, ia sudah tercatat dalam sejarah sejak kewujudan Nabi Adam a.s. lagi, iaitu pertembungan antaranya dengan iblis yang pernah mengetuai barisan para malaikat di dalam syurga. Tetapi kerana iri hati, marah, cemburu dan dendam terhadap Adam yang muncul kemudian daripada itu iblis menjadi takbur kerana tiba-tiba Allah SWT memerintahkannya dan malaikat untuk sujud kepada Adam. 

Atas dasar marah, dendam, cemburu dan iri hati, maka iblis mengambil langkah untuk tidak sujud kepada Adam kerana baginda dicipta daripada tanah sedangkan dia dicipta daripada api, sedangkan api adalah lebih hebat daripada tanah. Maka berlakulah siri penentangan iblis terhadap perintah Allah serta mempersenda arahan-Nya dengan pelbagai helah dan tipu daya.
Sesungguhnya peranan iblis dan syaitan tidak berakhir dengan ketiadaan Nabi Adam a.s. Tetapi diteruskan oleh anak pinaknya bernama syaitan dan manusia-manusia yang bertopengkan syaitan setiap kali muncul dan lahir para anbiya seperti Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w. Penentangan mereka hingga ke peringkat mempersendakan agama yang dibawa oleh para anbiya. 

Walau bagaimanapun tindakan mempersenda agama yang dilakukan oleh masyarakat silam di kalangan umat para anbiya adalah terdiri daripada mereka yang tidak menganut Islam atau tidak berkesempatan langsung untuk duduk dalam majlis-majlis ilmu kerana ia masih belum diperkenalkan ketika itu.
Namun apa yang berlaku pada hari ini amat berbeza sekali dengan apa yang berlaku pada zaman silam. Ini kerana orang hari ini mempunyai peluang yang banyak untuk memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, sekali menjauhkan diri mereka daripada bertindak menghina atau mempersenda agama.
Mereka boleh faham Islam melalui pengajian yang diadakan di masjid-masjid atau surau-surau dan mungkin juga di kelas-kelas yang berbayar dan mungkin melalui laman-laman sesawang yang membicarakan persoalan agama, jadi tidak ada sebab orang hari ini tidak faham dengan baik. 

Aktres Porno Berpayudara Besar Dibenci Penonton


LONDON: Orang ramai mengecam stesen televisyen ITV semalam kerana mengundang bintang filem lucah berpayu dara gergasi menjadi tetamu rancangan This Morning.
Sebahagian penonton membantah tindakan ITV menonjolkan Chelsea Charms sebagai undangan membincangkan pengalamannya dalam industri seks.

Chelsea ditemubual hos Phillip Schofield.
Seorang ibu, Paula Rogowski, menyatakan kemarahannya dalam Facebook program itu: Saya tak percaya anda mengundang wanita ini dalam rancangan anda - ia amat memalukan. This Morning bukan rancangan porno.” Suri rumah, Clare Marie Sparkes, berkata anak lelakinya yang baru berusia lima tahun terkejut melihat Chelsea.

“Anak saya terkejut melihat wanita itu memiliki ‘perut’ yang besar,” katanya.

Sementara itu, Schofield, 49, membandingkan berat buah dada Chelsea dengan mengangkat dua beg berisi dua tembikai.

Berasal dari Minneapolis, Amerika Syarikat, Chelsea memiliki buah dada besar melampau dengan menyuntiknya dengan polypropylene - sejenis cecair yang digunakan untuk membuat bungkusan. - TS

Sambungan berita : Admin blog ini juga mengatakan ia terkejut apabila manusia ini dapat membawa buah nangka sedangkan di Malaysia hanya buah betik sahaja yang sering menjadi tatapan jejaka tu pun jarang yang ada.

Mari kita menemuramahnya :-

Friday, May 13, 2011

Kereta sport paling mahal kini milik Lamborghini


LONDON - Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).

Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu.
Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.

Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.
Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina.
Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis. - Agensi

Dihari Pembukaan Kedai Burger Yang Hening

Sebuah kedai burger baru yang telah dibuka di Texas, Amarikaaaa telah menarik perhatian ramai orang untuk mencuba burger ni dan ia telah menghasilkan suatu fenomena perbarisan kereta yang panjang dalam sejarah aku tengok youtube. Yang menjadi terikan burger ini adalah namanya yang unik iaitu - Masuk- N-Keluar Burger dimana orang yang masuk kedalam kedai akan keluar bersama burger.. Unikkan.


Thursday, May 12, 2011

Kisah Bermulanya Kejadian Nabi Adam A.S

JAZAKALLAHU KHAIRAN
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali menghadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.




Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail... Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing- masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:-

Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
Tanah Bukit Tursina
Tanah Iraq
Tanah Aden
Tanah Al-Kautsar
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
Tanah Paris
Tanah Khurasan
Tanah(Babylon)
Tanah India
Tanah syurga
Tanah Tha'if

Perisian tanpa lesen akibatkan kerugian lebih RM1.8 bilion


KUALA LUMPUR: Nilai komersial perisian tanpa lesen yang dipasang pada komputer peribadi di Malaysia mencecah lebih RM1.8 bilion (AS$606 juta) pada 2010 apabila 56 peratus daripada perisian berkenaan merupakan produk cetak rompak.

Pengarah Kanan Business Software Alliance (Pemasaran, Asia Pacifik), Roland Chan berkata, kadar itu adalah antara perkara yang dikesan melalui Kajian Cetak Rompak Perisian Global BSA 2010 mengenai perbuatan mencetak rompak perisian di seluruh dunia.
"Malaysia mencatat kadar cetak rompak sebanyak 56 peratus, turun dua peratus daripada 58 peratus pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun, nilai komersial perisian tanpa lesen meningkat kepada lebih RM1.8 bilion (AS$606 juta) berbanding RM1.3 bilion (AS$453 juta) pada tahun sebelumnya"Kadar cetak rompak di Malaysia mengambil masa lima tahun untuk turun sebanyak dua mata sejak 2005 dan oleh itu, melihat kadar cetak rompak menurun sebanyak dua mata dalam tempoh setahun menjadi bukti tentang keberkesanan kempen Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR) oleh kerajaan yang dilancarkan menteri berkenaan pada Mei 2010," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, berikutan kempen berterusan GGCR, yang disertai pendidikan yang disampaikan melalui program itu seperti Seminar Mengenai Tadbir Urus Baik - Kunci Utama Mengurangkan Risiko Terhadap Harta Intelek" anjuran bersama BSA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, baru-baru ini, kadar cetak rompak perisian di tempat kerja akan dapat dikurangkan pda masa akan datang.

Chan berkata, pencapaian itu berbaloi dengan usaha yang dilaksanakan pihaknya pada tahun lepas, di samping merangsang mereka untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memerangi ancaman kegiatan cetak rompak. - BERNAMA

Seni Conteng Bogel 20SXG

Sedang meninjau keindahan gambar2 hasil carian google.com ni, secara x disengajakan aku terjumpa satu permandangan yang mengasyikan dan sedikit mengganggu fikiran-ku ini..

Mari kita saksikan apakah permandangan itu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar diatas terpaksa dikucar-kacirkan sedikit bagi mengelakkan mereka2 yg menjaga mata daripada menengok gambar seterusnya. Bagi mereka yang x jaga mata... a terus tengok la gambar kat bawah ni.

Bela Diri Tanpa Senjata Tajam


 JAZAKALLU KHAIRAN
Sebagai pengamal seni bela diri, setiap benda disekeliling kita adalah merupakan senjata yang berguna untuk melepaskan diri daripada serangan musuh. Teknik ini sesuai digunakan kepada golongan wanita kerana mereka ini sering membawa banyak perkakas bersamanya tidak kira kemana mereka pergi seperti alat solek, gunting kecik, kunci kereta, kunci rumah, kunci pagar rumah(semua tu kunci la kan.) dan yang baik lagi handfon 3310 (tu pon kalau masih ada la) dapat dijadikan sebagai senjata pelindungan.


Tapi, kalo difikirkan sebenar orang pompuan ni lebih merbahaya daripada lelaki kerana banyak sangat senjata yang dibawanya sedangkan lelaki hanya ada satu je senjata.. tu pun belum tentu boleh guna.

Tanpa membebel panjang2, antara contoh teknik bela diri ini adalah :-

1) Kunci

Kunci sebenarnya dapat memberikan kesan kecederaan yang parah jika digunakan dengan kaedah yg betul(untuk pertahankan diri la, aku tau la yg betul kunci tu buat bukak suis atau selak pintu).


Untuk menggunakannya bahagian hujung kuncilah merupakan bahagian senjata. Cara penggunaannya adalah pegang kunci secara meramas kunci tersebut :-


Bahagian hujung kunci hedaklah dikeluarkan kerana bahagian itu merupakan faktor yang memberi kesan kecederaan.
Untuk menggunakkannya pula :-

  • Jika anda berhadapan dengan musuh, caranya adalah menghentak atau menggores kunci ni di bahagian muka samada di dahi, tepi mata, tengkuk, dagu dan pipi. Jika musuh itu kurus, dibahagian tepi rusuk juga dapat memberi kesan yang kaw-kaw kepadanya.
  • Jangan sesekali korang guna kunci ni degan cara menikam ke perut lawan kerana akibatnya anda dibalas dengan lempangan musuh ke muka anda. Tambahan pula musuh itu berperut buncit.

Bila Singa Bertemu Manusia


I love my boy.... yang kita sering lihat adalah manusia yang suka bermanja-manja dengan kucing, tetapi tidak bagi mamat ni. Bermanja dengan kucing tidak sama bermanja dengan singa, keistimewaan hubungan bermanja-manjaan ini tidak dapat dilakukan oleh kebanyakkan orang.

Kepuasan yang dapat dilihat daripada video mamat ni adalah kelebihan singa bila ia bergurau dengan manusia dimana saiz mulutnya sangat padan jika dibandingkan dengan kepala manusia denga sekali ngap. Apapun untuk kesimpulannya, aku respect ngan mamat ni sebab mata singa ni masih tidak diganggu oleh syaitan semasa memandangnya kerana manusia yang sering diserang oleh binatang buas adalah penglihatannya telah ditukarkan bagi menampakkan manusia kepada haiwan oleh syaitan.
WALLAHUALAM.

Cover Majalah yang Disulam

Hasil sulaman majalah Vogue ini telah diusahakan oleh Inge Jacobsen. Hasil kerja ini adalah bertujuan memberi kelainan kepada majalah yang sering disimbolkan sebagai pemuas nafsu kepada satu seni sulaman.

Oleh itu mari kita sak..si..kan :-



Spomenik yang spoil...

Spomenik adalah monumen untuk Slovenia, Serbia, Croatia, Serbo-Croatia. Pada 1960-an dan 70-an, bekas presiden Yugoslavia Josip Broz Tito ditugaskan membina struktur ini untuk memperingati tempat di mana pertempuran Perang Dunia II berlangsung (seperti Tjentište, Kozara dan Kadinjača), atau di mana kem perjuangan didirikan (seperti Jasenovac dan NIS).


Iklan Yang Brutal


Thehee.. tinggal rangka pon boleh berjalan lagi..
Old Spice ni adalah satu jenama produk Men Freshener seperti deodorant(ubat ketiak) yang terkenal dengan ketahanan lasaknya yang telah disesuaikan dengan iklan diatas..enjoy.!

Wednesday, May 11, 2011

Penyembelih Wanita 20SG

Ini adalah satu seni yang telah dihasilkan pada sekitar kurun ke-17. Ketika zaman gelap ini banyak kekejaman yang berlaku kepada manusia dan ia telah diluahkan oleh para pelukis pada zaman itu.
.
.
.
.
.
.
.

Alat Senaman Berkocak - Terbaru

Sudah tiba masanya para penggemar alat senaman untuk mendapat berita baik untuk mereka. Kini, sebuah lagi teknologi terkini iaitu Berat Kocakkan (Shake Weight) yang bakal membantu anda dalam menyelesaikan masalah BERAT BADAN dan BERAT TULANG!



Dengan kocakkan alat ini juga dapat membantu pengaliran darah berjalan dengan baik sehingga ke pangkal otak anda...





Selamat Mencuba....

Pemuda 23 Tahun Memperolehi $100K Hasil Berita Kematian Osama

Maurice Harary, 23-tahun  selepas mendengar berita kematian Osama suatu idea mula tercetus iaitu mula membina sebuah website untuk menjual t-shirtnya yang bercorakkan "OBL sudah mati".

Maurice memulakan perniagaannya sekitar pada 3:30 pagi hari Isnin - dan Selasa malam, ia sudah terjual sekitar 10.000 helai baju yang berharga sekitar 12 dolar sehelai ... bererti dude ni dah meraup sekitar 120K dalam masa kurang dari dua hari.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga