Pages

nuff

Monday, February 28, 2011

Kerajaan lulus kemasukan 45,000 pekerja asing


KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakan dari India bagi memenuhi 13 sektor di negara ini termasuk pembinaan, perladangan, restoran dan perniagaan runcit.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pengagihan semua pekerja asing itu kepada sektor terbabit dijangka selesai dalam tempoh sebulan.
Beliau berkata, kerajaan meluluskan kemasukan pekerja asing itu selepas mendapati beberapa sektor menghadapi masalah kekurangan pekerja yang kritikal terutama di restoran dan kedai runcit.
“Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan saya untuk membawa masuk 90,000 pekerja asing.

“Bagaimanapun, selepas mengadakan perbincangan, kerajaan bersetuju untuk meluluskan hanya 45,000 pekerja pada masa ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Latihan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) di Wisma PRIMAS di sini, semalam.

Pusat itu yang mendapat peruntukan kerajaan sebanyak RM500,000 menyediakan latihan kepada rakyat tempatan dan pekerja asing yang baru masuk ke negara ini untuk bekerja di restoran India

Note : Pok2 ni nak ramai rayat gelap ko guano nih.. dah la indon pon tak habis2 masuk malaysia nia nk import india plok.... penat btul kepala otak orang pandai nih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga