Pages

nuff

Wednesday, November 10, 2010

Senjata Tekpi

Kegunaan tekpi sebagai senjata dibayangkan dalam bentuk khususnya. Dengan kemahiran, ia boleh digunakan bagi menentang pedang panjang dengan memerangkap bilah pedang dengan sampir tekpi. Sekiranya penggunanya cukup mahir, dia mungkin mampu meretakkan bilah atau senjata lain dengan menggunakan tekpi. Terdapat beberapa cara berbeza menggunakan tekpi dengan tangan, yang memberikan kepelbagaian samaada untuk membunuh atau tanpa membunuh. Tekpi kebiasaannya digunakan sebagai senjata hentaman atau tusukan pada solar plexus. Tekpi juga dikatakan mempunyai banyak gerakan pertahanan bagi menghalang senjata lain.
Satu cara memegangnya adalah dengan mengenggam batang tekpi dengan semua jari di bawah sampir dengan ibu jari pada cabang sampir dan batang tekpi. Cara ini membenarkan tekpi ditekan pada lengan depan dan mengelakkan ibu jari terperangkap ketika menangkis serangan. Perubahan boleh dilakukan dengan menekan ibu jari dan memutar tekpi sehingga ia terbalik. Tekpi dikatakan lebih mudah dipegang dalam kedudukan ini. Mata lalat berguna bagi menumpukan kuasa tumbukan, sementara batang utama yang panjang boleh dihunus bagi menujah musuh, sebagai pelindung lengan ketika menangkis serangan, atau menikam sebagaimana pisau biasa.
Dalam kegunaan biasa, sesetengah cenderung mengekalkan jari telunjuk sepanjang batang tekpi tanpa mengira ia menghala kehadapan atau kebelakang. Jari mungkin lurus atau dibengkokkan sedikit. Digunakan dengan cara ini, jari lain kekal pada batang utama, dengan ibu jari mengenggam pemegang.[5]
Genggaman yang digambarkan di atas memberi kelebihan kelenturan senjata ini sebagai samaada senjata menyerang atau pertahanan. Kedua cara genggaman membantu putaran arah mata bilah sementara tekpi berada dalam pegangan yang kukuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga