Pages

nuff

Friday, August 5, 2011

'Hamil' Tiap Kali Lepas Makan


CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.
"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.


Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.
Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.
Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.
Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.
Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.
Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia masuk ke jamban. - Agensi

Sumber : Kosmo

Seni Ukir Tembikai Pembuka Selera?

Cantek, Hebat, Kreatif, Kagum....
Agak2 boleh ke anda makan tembikai2 yang sedemikian rupa diukir?

Thursday, August 4, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Dato' Bandar Vilnius Lithuania Mengganas

Dato' Bandar Vilnius Lithuania, A.Zuokas memerangi sikap beberapa penduduknya yang bermasalah dimana mereka sering memakir kereta di kawasan larangan. Oleh itu, dengan berbekalkan kepala otak belit beliau telah pun memikirkan sauatu langkah memeranginya yang mungkin mengubah sikap pemakir kereta di kawasan larangan secara drastik. Mari kita saksikannya..

Monday, August 1, 2011

Gua Berhutan

HANOI - Sebuah gua yang mengandungi hutan terdapat di Taman Negara Vietnam di daerah Bo Trach, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gambar hutan yang terdapat dalam gua itu dirakamkan oleh Carsten Peter, 52, dari Jerman baru-baru ini. Ia ditemui oleh kumpulan pencari gua dari Britain pada 2009.
Gua itu sepanjang 4.02 kilometer, lebar 100.54 meter dan setinggi 243.84 meter. - Agensi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga