Rasanya benda ni wujud pada masa manusia mula menggila menggunakan handpon untuk bermassage disamping menghantar ayat2 power kepada awek dan simbol inilah dimasuk-tambahkan agar menggambarkan riak wajah anda... Dan kini di ruangan komen facebook pula menjadi tempat penghias simbol2 ni.. Jadi bagaimana pula rupa jika simbol2 ni betul2 wujud..
Friday, October 28, 2011
Thursday, October 27, 2011
Skill Basuh Kemaluan Selepas Kencing Yang Betul
Kencing! sesuatu perbuatan dimana seseorang perlu melepaskan air daripada kemalauannya (saje nak bagi definasi sket) tetapi paernahkah anda membasuh 'kepala paip' atau dot* dot* anda dengan sempurna???
Oleh itu, saya disini tanpa rasa segan silu untuk menaip kenyataan ini sebagai seorang islam kita telah diajar untuk membasuh alat pancutan* dengan sempurna agar diri anda suci dan bersih bersesuaian dengan agama yang anda ikuti Islam Itu Suci...
Walaupun anda dalam keadaan tergopoh gapah sebagaimana pun anda perlu membasuhnya sepertimana ada :
Seorang lelaki :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar (time kencing je berdehem jangan time berak pulak.. nanti terpotong-potong dia keluar..).
Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran (urut secara lemah lembut).
Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya (guna air mutlak, jangan suna air sirap bandung).
Seorang Wanita :
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
* yang ni x pandai nak ulasan kerana ia bukan skill aku,
Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
*Alah, budak darjah 2 pon dah pandai basuh kencing... ni sibuk2 nak ajar orang tua pulak....!
Jika Itu Kenyataan Anda.... Anda Silapppppp... silappp.. silapppp.(echo)
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Sunday, October 16, 2011
Foto Klasik Yang Berhantu
Foto2 lama sekitar tahun 1800-an eropah sering di popularkan dengan kepelikan yang timbul setelah foto tersebut dicuci dengan bayangan2 yang mengasyikan seperti bayangan tubuh manusia lutsinar berdamping dengan empunya tuan gambar. Foto2 pada sekitar tahun inilah yang sering menjadi mangsa pengguna2 kompur terutama mereka yang mahir dalam Photoshop.
Monday, October 10, 2011
Budak Muka Kongo Nanyi Lagu Lady Gagau
Tengok ke muka tu memang tak munasabah betul bila dengar dia nyanyi... memang la yang nyanyi mulut.. bukan muka.. tapi, walau-bagaimana-pun.. ko memang terbaik lah budak! mesti ko minat nak mampus ngan Lady Gagau ni..
Cium Punggung Sendiri
Mungkin ayat "cium punggung sendiri" dilihat seperti perumpamaan atau sebagai ayat menarik perhatian pembaca bila lihat tajuk sebegini pelik... Walau-bagaimana-pun ayat ini menunjukkan sesuatu perilaku yang bodoh dimana sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan dibalas dengan musibah atau perkara yang memalukan..
Seperti komik niiiii.....
Seperti komik niiiii.....
Iklan Kata-Kata Berinspirasi Steve Jobs Yang Tidak Disiarkan
Semperna memperingati akan peninggalan seorang yang mewawasankan syarikat Apple dan seluruh pengguna teknologi elektronik didunia ini 'Steve Jobs' terhasilnya satu karya peninggalan terhormat(gambar diatas) oleh Baarbarian illustration.
Dan... video ucapan yang tidak disiarkan.. entah kenapa ia tidak disiarkan tidak dapat dikenal pasti.. mungkin kata-katanya dapat memanipulasikan semula otak2 makluk berakal diatas muka bumi ini untuk berfikir semula akan hakikat didunia ini adalah orang yang dikeji,di caci dan tidak berpendidikan tinggi mana mungkin dapat mengubah dunia.. dan terdapat wajah2 mereka yang cuba mengubah nasib umat manusia seperti lupakah kita sebagai orang muslim dimana Rasullulah kita juga pernah di keji dan di caci malah baginda juga tidak pandai membaca semasa di usia mudanya tetapi kini kita kenalinya sebagai kekasih Allah.
Memanglah kita bukan insan yang terpilih seperti mana baginda. Tetapi kini sudah dapat kita pelajari dimana para alim ulamak dan wali2 Allah yang membawa peganggan agama, akidah, dan aturan hidup yang sebenar telah pun perlakukan sedemikian.
Sunday, October 9, 2011
Ini Adalah Pasir
Gambar yang bakal anda lihat di bawah ini adalah merupakan suatu rupa bentuk yang cantik bagaikan kristal. Walaubagaimanapun ia bukannya seperti yang anda sangkakan kerana ianya adalah bebutiran pasir biasa yang sering anda temui... Tetapi pernahkah anda melihat rupa bentuknya secara lebih dekat dan besar..
Dengan bantuan teknologi microscopic hasilan pertandingan 'The Nikon Small Photomicrography' gambar ini telah di isytiharkan sebagai pemenag bagi pertandingan ini telah memberi peluang kita semua untuk melihat rupa sebenar pasir yang sering kita pijak setiap hari..
Dengan bantuan teknologi microscopic hasilan pertandingan 'The Nikon Small Photomicrography' gambar ini telah di isytiharkan sebagai pemenag bagi pertandingan ini telah memberi peluang kita semua untuk melihat rupa sebenar pasir yang sering kita pijak setiap hari..
Subscribe to:
Posts (Atom)