Pages

nuff

Tuesday, August 30, 2011

Pelari Pecut Gempal Kena Tinggal

Berita Asal : Pelari pecut gempal Samoa bersemangat walaupun tahu akan kalah


TAFUNA – Kepulauan Samoa Amerika lebih dikenali kerana menghasilkan ramai ahli sukan berbadan besar termasuk bintang bola sepak Amerika dan ahli gusti, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, tanah jajahan Amerika Syarikat (AS) yang terletak di selatan Lautan Pasifik itu belum pernah memiliki pelari pecut yang cemerlang.

Fakta tersebut bagaimanapun tidak menghalang warga Samoa Amerika, Sogelau Tuvalu bertanding dalam acara saringan 100 meter pada kejohanan olahraga dunia di Daegu, Korea Selatan yang sedang berlangsung.
Tuvalu, 17, merupakan satu-satunya pelari berbadan gempal yang menyertai acara tersebut.
Permulaan acara saringan itu menyaksikan Tuvalu mempamerkan larian penuh bertenaga untuk berada di hadapan.

Namun, dia gagal untuk mengekalkan momentum dan segera dipintas pelari-pelari lain.
Tuvalu akhirnya menamatkan larian di tempat terakhir dengan masa 15.66 saat setelah ketinggalan 40 meter di belakang pelari-pelari lain

Catatan masa Tuvalu adalah yang kedua paling lambat dalam sejarah kejohanan itu.
Acara saringan berkenaan dimenangi oleh pelari Malaysia, Mohammad Noor Imran Abdul Hadi. – Agensi

Sumber : Kosmo

Monday, August 29, 2011

Koleksi Iklan Raya Yang Lalu

Sumpah aku cakap, kerana iklan-iklan ni lah yang menyumbang kegamitan menjelangnya hari raya..

 

Orkestra Hari Raya

Main Mercun Dalam Tin,
Putus Jari Tak Boleh Raya,
Ku Meminta Maaf Zahir dan Batin,
Dan Selamat Hari Merdeka Untuk Malaysia.



Thursday, August 25, 2011

Wonder Bot

Adaptasi daripada gerakgeri Wonder Pompuan



Temuramah Messi Melayu

Warghahahahahaha


Bangla Band - Cintan kaieen Putuiiii...

Semperna menghargai rakyat Bangladesh yang dapat bekerja di Malaysia, mereka telah mendendangkan lagu ini khas buat semua yang tinggal di Malaysia.

 

Tuesday, August 23, 2011

Saturday, August 20, 2011

Bahang Kepanasan Semula Jadi

Cahaya Matahari + Solar = Api



Cahaya Matahari + Air Batu(Berbentuk kanta) = Api


Tak Solat + Tak Taubat = Api Neraka.....


Projek Mega Seni Graffiti Di Bristol, UK

Bristol, England - Ogos 17: suatu upacara menconteng dinding bangunan yang diadakan secara besar-besaran dimana bukannya disambut secara besaran tetapi gambar2 seni grafiti yang diconteng berukuran 'besar'. Projek seni ini dinamakan 'The See No Evil' dimana artis-artis Graffiti mula bekerja pada apa yang ditetapkan untuk menjadi seni jalanan terbesar di UK projek pada 17 Ogos, 2011 di Bristol, England. Projek 'The See No Evil' dilakukan sekitar Nelson Street di Bristol sehinggakan beberapa bangunan akan menjadi magsa contengan mereka-mereka ini dan beberapa batang jalan ditutup sepanjang hari untuk merealisasikan projek ini.


Thursday, August 18, 2011

Komputer Terkecik Didunia

Genius + Weird + Lol (Tolol) = Small Technology


Bermula Dipukul, Pertengahan Diatas Air, Berakhir Dilubang

Hasil pukulan bola golf encik Vijay Singh semasa melakukan latihan untuk pertandingan Golf Masters tahun 2010. Tahniah diucapkan kepada incik Vijay Singh atas pukulan bola yang menarik dilakukannya..


Seni Ukir Dedaun

Seni ukiran pada daun ni berasal dari China dan ia dimiliki sebuah syarikat Longal Craft Co. Ltd yang telah di asaskan oleh uncle Victor Lui. Syarikat ini telah menghasilkan banyak hasil seni ukiran kraf tangan dan kaki seperti ukiran dedaun, Soldering Charms, ukiran kayu dan besi dan frame gambar kaca. Sebenarnya semua ukiran2 ini dihasilkan bertujuan untuk dijual kepada orang yang nak beli. Sape2 nak atau berminat boleh usyar2 kat website beliau..

Dalam banyak2 seni ukir syarikat mamat ni yang paling best adalah ukiran pada dedaun kayu-kayan, disini saya meng-isytiharkan bahawasanya saya nak share gambar dedaun yang terukir indah ni sahaja... macam mana dia ukir tu tak dapat dihuraikan disini kerana ini adalah rahsia perniagaan syarikat ni dan kerana saya juga x tahu macam mana dia ukir..

Thursday, August 11, 2011

Banduan Penjara di Kelantan Dakwa Dibogelkan

Seorang bekas banduan di Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan mendakwa hak asasinya dicabul sepanjang dua minggu penahanannya itu.


Ahmad Syauqey Abdul Ghani berkata dia dan 113 banduan lain diarahkan oleh warden penjara untuk berbogel beramai-ramai pada hari dia dihantar ke penjara iaitu pada 23 Jun lalu.

“Saya dalam keadaan takut dan keliru bersama-sama dengan rakan banduan yang lain terus menelanjangkan diri beramai-ramai. Keadaan sedemikian sangat mengaibkan saya.

“Arahan diberi secara berperingkat melibatkan 10-20 banduan pada satu-satu masa. Kami kemudiannya sekitar 20 orang diarah untuk pergi berak. Keadaan ratusan manusia bogel sangat dasyat, memalukan dan di luar perikemanusiaan,” tulisnya kepada Malaysiakini dalam emel.

Bekas sukarelawan dengan pemantau pilihan raya Mafrel itu sempat melakarkan beberapa keping lukisan bagi menggambarkan keadaan di situ.

Katanya, dia dan rakan yang lain kemudian diminta untuk berjalan dalam keadaan telanjang bulat ke kawasan bilik air. 


“Kami terpaksa melalui rakan-rakan sel penjara yang lain sepanjang laluan, yang melihat secara jelas keadaan kami yang bertelanjang bulat... Kami (juga) diarahkan untuk berak secara terbuka, secara berbaris di depan satu sama lain,” katanya.

Ahmad Syauqey juga mendakwa tempat kurungan di penjara itu begitu sempit dan berlaku kesesakan.
“Keluasan sel ini sekitar 6 kaki x 12 kaki. Kami hanya dibekalkan sehelai selimut, tanpa tilam. Kami juga dibekal satu baldi besar air untuk kegunaan basuh kencing dan berak. Satu bekas kecil air minuman.

“Kami terpaksa berhimpit-himpit dan sebahagian daripada kami terpaksa meletakkan kaki ke atas dinding kerana tidak muat untuk berlunjur. Ramai di kalangan kami tidak dapat tidur kerana kepanasan dan kesesakan,” dakwanya lagi.

Menurut Ahmad Syauqey, sepanjang penahananya itu dia dalam kepanasan kerana hanya ada satu pintu depan dan lubang angin kecil di atas bilik yang menempatkan sepuluh hingga 12 banduan itu.


Dakwanya lagi, banduan-banduan yang beragama Islam juga dinafikan hak untuk bersolat dengan sempurna.

“Dengan penyediaan bekas air baldi bulat berukuran melebihi 1½ kaki x 2 kaki, menurut mazhab Syafie secara teori ia boleh digunapakai untuk berwuduk. Namun secara praktikal, hampir mustahil dapat dielakkan daripada air tersebut menjadi air mustakmal, yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan bagi mengambil wuduk,” katanya.

Ahmad Syauqey berkata selepas dibebaskan, beliau telah membuat laporan polis berhubung layanan tidak berperi-kemanusiaan itu di balai polis Kota Bharu dan bercadang mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Hak asasi Manusia (Suhakam) setelah menghantar emel kepada mereka.
Ketika dihubungi, pengarah Penjara Pengkalan Chepa Husni Johari berkata siasatan berhubung dakwaan itu sedang dijalankan.

"Buat masa ini, kami tidak mahu mengulas kerana siasatan sedang dijalankan. Ia akan lengkap tidak lama lagi,” kata Husni.

Ahmad Syauqey ditangkap pada 20 Jun mengikut Seksyen 186 Kanun Jenayah kerana menghalang tugas aggota polis dan di bawah Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak sopan di balai polis.

Beliau dikenakan tahanan reman dan dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa dan dibebaskan pada 5 Julai lalu setelah jaminan dibayar di mahkamah majistret di Bachok.

Sumber : malaysia loni

Wednesday, August 10, 2011

Wajah2 Goyangan Sang Anjing

Pernahkah anda melihat sang anjing meng geleng2-kan kepalanya. Sudah tentu pernah dan anda pasti belum pernah melihat manusia menggeleng-gelangkan kepalanya seperti sang anjing kerana ia tidak mungkin akan berlaku. Dalam proses penggelengan kepala sang anjing ni terfikirkah bagai mana ropenya semasa ia aysik menggelengkan kepalanya...

Saksikanlah...

Detik2 Rakyat Malaysia Dicopek Oleh Mat2 Saleh..

Asyraf Haziq, kena pukul... kesian dia
Hari ini, surat-surat khabar tempatan digemparkan dengan kes rakyat Malaysia, Asyraf Haziq, 20 yang menetap di Lundang, eh silap London dimana beliau secara tidak langsun dipukul oleh perusuh di kota London yang sedang menggila pada masa kini.

Nak di ceritakan lebih detail kat cini saya rasa tak perlu lah kerana pasti anda sekalian telah membaca beritanya terlebih dahulu. Jadi mari kita sak-sikan peristiwa ini.


Headbanger Betukar Menjadi Headbengong..

Begini beratkah kesengsaraan yang dialami oleh penggemar musik rock dan ini telah ditonjolkan oleh mamat ni.. Tapi at least he said " I'm Okkkkk...!"


Serangan Beruang (Kena Gigit Betis)

Mereka dah tak minat main2 dgan anjing dan kucing... Sekarang dia orang main beruang pulak..


Friday, August 5, 2011

'Hamil' Tiap Kali Lepas Makan


CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.
"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.


Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.
Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.
Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.
Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.
Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.
Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia masuk ke jamban. - Agensi

Sumber : Kosmo

Seni Ukir Tembikai Pembuka Selera?

Cantek, Hebat, Kreatif, Kagum....
Agak2 boleh ke anda makan tembikai2 yang sedemikian rupa diukir?

Thursday, August 4, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Dato' Bandar Vilnius Lithuania Mengganas

Dato' Bandar Vilnius Lithuania, A.Zuokas memerangi sikap beberapa penduduknya yang bermasalah dimana mereka sering memakir kereta di kawasan larangan. Oleh itu, dengan berbekalkan kepala otak belit beliau telah pun memikirkan sauatu langkah memeranginya yang mungkin mengubah sikap pemakir kereta di kawasan larangan secara drastik. Mari kita saksikannya..

Monday, August 1, 2011

Gua Berhutan

HANOI - Sebuah gua yang mengandungi hutan terdapat di Taman Negara Vietnam di daerah Bo Trach, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gambar hutan yang terdapat dalam gua itu dirakamkan oleh Carsten Peter, 52, dari Jerman baru-baru ini. Ia ditemui oleh kumpulan pencari gua dari Britain pada 2009.
Gua itu sepanjang 4.02 kilometer, lebar 100.54 meter dan setinggi 243.84 meter. - Agensi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mga